Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Triangle Strategy – Permainan taktikal RPG telah dedahkan kisah, watak dan gameplay!

Maira by Maira
September 30, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
Triangle Strategy – Permainan taktikal RPG telah dedahkan kisah, watak dan gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Triangle Strategy merupakan permainan yang dibangunkan oleh Square Enix. Permainan RPG taktikal baru ini dalam siri HD-2D dengan grafik Octopath Traveller. Ia telah diumumkan semasa Nintendo Direct . Triangle Strategy akan dilancarkan di Switch pada 4 Mac 2022, dan ada demo yang boleh anda muat turun dari eShop sekarang.

Kisah Triangle Strategy

Kisah bermula apabila, tiga negara yang berkongsi sejarah berdarah bersaing untuk mendapatkan kuasa dan prestij. The Holy State of Hyzante mengawal bekalan garam di dunia itu. Grand Duchy of Aesfrost, merupakan tempat bekalan iron. Dan di antara kedua negara itu terletak Kingdom of Glenbrook, negera yang penuh kehijauan hutan dan sungai. Tiga dekad yang lalu, negara-negara ini melancarkan Perang Saltiron, perjuangan pahit untuk mengawal sumber-sumber yang tidak ternilai ini, tetapi sejak itu mengekalkan kedamaian yang lemah. Namun peristiwa yang menjelang akan merosakkan keseimbangan itu. Sebagai Serenoa — pewaris kepada House Wolffort, keluarga terkemuka Kerajaan Glenbrook — anda mesti melalui jalan keluar melalui konflik yang ada di hadapan.

Watak

Serenoa Wolffort

Protagonis permainan. Seorang pemuda yang berani dan terhormat dilatih dengan baik oleh ayahnya, pahlawan terkenal Lord Symon. Walaupun dia tidak memiliki pengalaman di dunia luar, dia memiliki hati yang baik. Kejadian yang tidak dijangka akan memaksanya memimpin rumahnya melalui masa-masa kesusahan.

Prince Roland of Glenbrook

Putera muda Glenbrook, dan rakan baik Serenoa. Dia ceria, berani, dan bersemangat bebas. Dia yakin dengan kemampuannya sendiri walaupun mempunyai keraguan terhadap kebolehan abangnya untuk memerintah sebuah negara. Walaupun dia sering bertengkar dengan ayah dan abangnya, dia juga sangat menginginkan pengiktirafan mereka.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Frederica Aesfrost

Tunang Serenoa. Keturunan dari suku Rosellan yang dianiaya pada belah ibu, dia berkongsi ayah dengan Archduke Gustadolph. Didikannya sukar kerana keturunan dan perselisihan keluarganya dan dia mempunyai semangat yang bebas. Dia akan berkahwin dengan House Wolffort untuk mengeratkan hubungan antara Glenbrook dan Aesfrost

Benedict Pascal

Dalam melayani House Wolffort sejak muda, dia adalah penasihat yang dipercayai Tuan Symon. Pakar strategi cemerlang yang menawarkan sokongan dari belakang dan selalu bertindak demi kepentingan rumahnya, dia sering dipandang dingin oleh orang lain. Dia bersumpah untuk melayani Serenoa dengan setia seperti yang dia lakukan bapanya.

Gameplay

Ketuai kumpulan watak dengan kemahiran yang pelbagai, fikirkan serangan antara unit anda, dan kelilingi musuh anda di kedua-dua belah pihak untuk melakukan serangan susulan. Pertempuran akan mencabar pemain untuk memanfaatkan medan, ketinggian medan dan formasi strategik untuk menuntut kemenangan.

Allies yang dilengkapi dengan busur memberikan jarak yang lebih jauh dan peningkatan daya serangan ketika menembak dari tempat tinggi. Tetapi berhati-hatilah, kerana pemanah musuh menerima faedah yang sama!

Mengawasi kedudukan setiap orang di medan perang sangat penting. Parti anda boleh mengelilingi musuh untuk mencetuskan serangan susulan yang juga boleh dilakukan pihak musuh.

Pemain akan menghadapi banyak pilihan sukar di Norzelia yang dilanda perang. Anda akan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan nilai Utility, Morality, dan Liberty. Parameter ini akan mempengaruhi cabang cerita, dan rakan mana yang menyertai parti anda. Terpulang kepada pemain untuk memutuskan apa nilai-nilai yang mereka sayangi, dan apa yang akan mereka tinggalkan.

Keputusan penting yang mempengaruhi nasib protagonis dibuat melalui proses pengundian menggunakan Scales of Conviction. Pemain mesti meyakinkan allies dengan nilai dan pendapat masing-masing untuk melihat matlamat yang diinginkan tercapai. Sebilangan undi ini akan memberi kesan mendalam kepada cerita, dan juga nasib parti.

Anda sekarang boleh memainkan demo Bab 6 dan 7, di mana pemain akan mengalami pertempuran taktikal yang memerlukan strategi dan penggunaan medan perang dengan berhati-hati untuk terus bertahan dan melihat keyakinan mereka mengubah perjalanan hidup mereka.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengalami kisah perang terbaru dari Square Enix ini! Jika anda ingin mengikuti liputan kami mengenai permainan ini, sila klik pautan ini.

Pra-daftar di sini
Project Triangle Strategy
Publisher: Square Enix
Release Date TBC
Nintendo Switch
Project TRIANGLE STRATEGY, dilancarkan untuk Nintendo Switch pada tahun 2022, meneruskan legasi RPG taktikal SQUARE-ENIX. Menampilkan permainan yang mendalam yang penuh dengan pilihan dan akibat, kaji secara strategik medan perang untuk mendapatkan keuntungan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendo switchProject Triangle StrategyRPGsquare enix
Previous Post

[TGS 2021] Chocobo GP bersedia nak berlumba! Square Enix mendedahkan lebih banyak gameplay baru!

Next Post

[TGS 2021] Game anak tempatan Malaysia iaitu GigaBash telah mendedahkan Story Mode untuk permainan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[TGS 2021] Game anak tempatan Malaysia iaitu GigaBash telah mendedahkan Story Mode untuk permainan!

[TGS 2021] Game anak tempatan Malaysia iaitu GigaBash telah mendedahkan Story Mode untuk permainan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd