Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Trading Card Game Live diumumkan untuk Mobile & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, PC
0 0
0
Pokemon Trading Card Game Live diumumkan untuk Mobile & PC!
0
SHARES
139
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

The Pokemon Company telah mengumumkan Pokemon: Trading Card Game Live, versi permainan digital baru untuk PC, Mac dan peranti mobile.

Pokemon TCG Live adalah pewaris kepada Pokemon TCG Online yang dilancarkan pada tahun 2012, dan akan menampilkan interface yang lebih baik, cross-platform matchmaking dan customization watak, serta ciri-ciri baru seperti battle pass dan acara eksklusif. Selain itu, misi harian juga tersedia, yang membolehkan kita mendapat mata wang untuk membeli pek booster dan kosmetik baru.

Pada masa yang sama, game ini juga akan menerima kemas kini untuk setiap expansion Pokemon TCG yang dilancarkan, bermula dengan expansion Fusion Strike akan datang pada bulan November.

New Pokémon Trading Card Game Live announced for PC | Rock Paper Shotgun

Menurut The Pokemon Company, Live hanya akan mendapat sokongan untuk format Standard pada hari pelancaran (yang bermaksud expansion dari Sun & Moon: Team hingga sekarang). Update untuk format Expanded (menampilkan kad dari Black & White dan seterusnya) akan ditambahkan pada hari kemudian. Di samping itu, ia disahkan bahawa koleksi digital anda dari TCG Online boleh dipindahkan, dengan beberapa syarat:

  • Anda hanya dapat memindahkan empat dari setiap kad unik, kecuali kad ACE SPEC, Prism Star dan V-UNION, yang hanya dapat memindahkan satu kad sahaja.
  • Anda boleh memindahkan hingga 59 untuk setiap jenis Basic Energy (satu kad untuk satu jenis).
  • Apa-apa sahaja selain kad Standard semasa (sebelum Sun & Moon: Team Up) boleh dipindahkan, tetapi tidak akan dapat dimainkan sehingga kemas kini format Expanded ditambahkan pada kemudian hari. Buat masa ini, tidak ada rancangan untuk format lain, seperti Legacy atau Theme.
  • Duit syiling, card sleeve dan deck box boleh dipindah, namun anda hanya akan menerima satu salinan sahaja. Ada beberapa yang tidak boleh dipindahkan, tetapi The Pokemon Company tidak menjelaskan yang mana satu.
  • Pek yang belum dibuka, mata wang mikrotranskasi, senarai rakan, senarai dek, dan kad HeartGold & SoulSilver tidak boleh dipindahkan. Pek yang belum dibuka akan ditukar kepada mata wang Crystal (wata wang baru di Live).
Here's Our First Look At Pokémon Trading Card Game Live, Coming "Soon" -  Nintendo Life

Untuk Pokemon TCG Online, game ini akan dikeluarkan dari kedai digital mobile & PC sebelum pelancaran Live. Tarikh pelancaran untuk Pokemon: Trading Card Game Live belum disahkan, namun pelancaran awal di Kanada, diikuti oleh ujian beta terbuka untuk pasaran global pada PC dan Mac, dikatakan akan berlangsung pada “akhir tahun ini”.

Untuk segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KadpokemonPokemon: Trading Card Game Livethe pokemon company
Previous Post

Dapatkan Tiket Aeos Percuma sempena Pokémon Unite Meraikan 9 Juta Muat turun mereka!

Next Post

Permainan klasik SEGA untuk anda mainkan di Lost Judgment!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Permainan klasik SEGA untuk anda mainkan di Lost Judgment!

Permainan klasik SEGA untuk anda mainkan di Lost Judgment!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd