Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact akan mempunyai koleksi wangian mereka tersendiri!

Maira by Maira
September 13, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Genre, Produk
0 0
0
Genshin Impact akan mempunyai koleksi wangian mereka tersendiri!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap game mesti akan ada barang yang boleh dikumpul untuk dijadikan koleksi. Lagi-lagi patung plushies karakter yang comel untuk dibuat hiasan bilik. Tetapi ada juga barang koleksi lain yang boleh anda pakai seperti minyak wangi. Ya, betul! Minyak wangi juga banyak dijadikan sebagai barang koleksi untuk peminat gunakan. Kali ini Genshin Impact pula datang dengan koleksi minyak wangi mereka yang dipanggil “Genshin Fragrance”.

Primaniacs memang tidak asing dengan kolaborasi wangian mereka dengan francais anime dan game. Antara game yang berkolaborasi dengan syarikat ini ialah siri Persona, Danganronpa, Identity V dan banyak lagi. Jadi memang tidak pelik jika Genshin Impact juga berkolaborasi dengan Primaniacs.

Set minyak wangi Genshin Impact ini mempunyai enam botol wangian mengikut karakter seperti:

  • Aether / Sora
  • Lumine / Hotaru
  • Kaeya
  • Diluc
  • Klee
  • Mona

Setiap botol minyak wangi ini berjumlah 6600 yen tidak termasuk cukai dan hanya mengandungi 30 ml minyak wangi sahaja. Anda boleh mendapatkan minyak wangi ini di kedai yang menawarkannya. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai minyak wangi ini, anda boleh pergi ke laman rasmi mereka di sini. Laman web tersebut sepenuhnya dalam bahasa Jepun jadi anda boleh menggunakan khidmat Google Translate untuk membaca maklumat-maklumat tersebut.

RelatedPosts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

Laman web itu ada menyediakan penerangan mengenai jenis wangian untuk setiap botol. Mereka juga menunjukkan reka bentuk ilustrasi dan kotak bungkusan minyak wangi tersebut. Ilustrasi pada kotak bungkusan nampak seperti ilustrasi yang biasa kita nampak di dalam game dan pada botol pula kita boleh nampak reka bentuk yang minimalis.

Berita sedih untuk peminat luar negara yang ingin dapatkan minyak wangi ini. Primaniacs tidak menyediakan khidmat menghantar barangan mereka ke luar negara, jadi anda hanya mampu menggunakan servis proxy untuk mendapatkan minyak wangi tersebut. Tetapi ingat, tidak semua servis proxy yang membenarkan anda membeli minyak wangi, jadi sila baca terma dan syarat sesuatu servis proxy sebelum menempah.

Untuk membaca lebih banyak liputan mengenai Genshin Impact dari kami, anda boleh klik di sini.

Tags: Genshin FragranceGenshin ImpactPrimaniacs
Previous Post

One Piece: Berapa banyak masa yang diperlukan untuk menonton seluruh anime?

Next Post

Review PS5 Hades: Game roguelite hebat bertemakan dewa Olympus!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Review PS5 Hades: Game roguelite hebat bertemakan dewa Olympus!

Review PS5 Hades: Game roguelite hebat bertemakan dewa Olympus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd