Bola sepak bukan sahaja tentang siapa yang menjaringkan gol paling banyak; kerana peminat akan dapat mencabar diri di Football Manager 2022! Ini adalah entri terbaru dalam siri ikonik oleh Sports Interactive dan SEGA serta akan dilancarkan pada 9 November di Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store. Football Manager Xbox Edition juga akan datang semula setelah kempen yang berjaya pada musim lalu. Direka khusus untuk ekosistem Xbox, FM22 Xbox Edition akan dilancarkan bersama versi PC/Mac pada 9 November. FM22 dan FM22 Xbox Edition akan tersedia dengan Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran. Kedua-dua game tersebut akan tersedia untuk ahli Xbox Game Pass Ultimate.
FM22 akan membuka jalan baru untuk siri Football Manager apabila ia tiba pada hari pertama di Xbox Game Pass. Kejayaan kami selepas kembali ke Xbox pada tahun lalu juga amat melampaui jangkaan dan kami gembira dapat mengembangkan kerjasama dengan Microsoft untuk memberi peluang kepada ahli Game Pass bagi mengalami perkara yang paling mirip sebagai pengurus bola sepak.
Miles Jacobson, Pengarah Studio Sports Interactive.

FM22 membawa kaedah dan progresif baru untuk para pengurus mendapatkan kelebihan dan menerapkan gaya permainan bola sepak yang diingini untuk mengukuhkan legasi mereka sebagai pengurus yang hebat. Mereka akan mengumumkan lagi banyak ciri baru dalam minggu-minggu akan datang di halaman sosial dan laman web rasmi Football Manager.
Bermula hari ini hingga tarikh pelancaran, sesiapa yang melakukan pra-pembelian untuk FM22 (diPC dan Mac), dari pengedar digital yang diluluskan oleh SEGA akan mendapat potongan diskaun 10% dan peluang untuk memulakan karier pengurusan mereka lebih awal dengan versi Akses Awal. Akses Awal akan tersedia melalui Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store kira-kira dua minggu sebelum tarikh pelepasan rasmi, di mana progress single-player dapat diteruskan ke full game.

Football Manager 2022 Mobile (di iOS dan Android) juga semakin rancak untuk musim baru dan akan tersedia pada 9 November dengan maklumat lanjut pada bulan Oktober. Maklumat penuh tentang Football Manager 2022 Touch, termasuk kepulangan siri ke Nintendo Switch akan datang tidak lama lagi. Untuk maklumat lengkap mengenai siri FM22 di semua platform, lawat halaman www.footballmanager.com
Untuk segala liputan kami tentang siri Football Manager, sila tekan sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post