Bab # 364 untuk manga Berserk akhirnya dikeluarkan di Jepun pada 10 September (hari ini), dan bersamanya meninggalkan sebuah mesej sayu kepada peminat. Penerbit Young Animal mengesahkan bahawa bab ini memang adalah bab terakhir oleh Kentaro Miura sebelum dia meninggal dunia pada Mei 2021 akibat pembedahan aorta akut, dan dan berjaya diselesaikan bersama pertolongan pembantu rapat dari Studio Gaga.
Bab # 364 untuk manga Berserk diterbitkan dalam majalah Young Animal isu #18, bersama mesej kepada “Semua Peminat Kentaro Miura”, yang menjelaskan tentang masa depan francais, membaca seperti itu:
“Kami meminta maaf kerana tidak ada maklumat untuk dikongsi mengenai masa depan siri Berserk buat masa ini. Satu perkara yang dapat kami janjikan kepada anda, sebagai Young Animal, penerbit yang telah bekerja dengan Kentaro Miura untuk Berserk, keutamaan pertama adalah kepadanya- apa yang akan dia fikirkan jika dia masih ada di sini bersama kami.”
Walaupun Young Animal “tidak ada pengumuman” untuk dibuat pada masa ini mengenai masa depan siri, beberapa khabar angin di internet membuat teori bahawa manga masih akan berterusan di bawah pelukis baru, kemungkinan salah seorang pembantu Miura. Ini hanya khabar angin, jadi janganlah percaya bulat-bulat. Selain itu, jilid manga terbaru Berserk akan keluar pada bulan Disember ini dan berfungsi sebagai peringatan khas untuk manuskrip terakhir beliau. Mereka memutuskan untuk menggunakan lakaran kasarnya untuk sampul muka depan kali ini, dengan harapan dapat menyampaikan semangat Miura yang membara kepada semua pembaca.

Young Animal juga mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan semula Ou-Roh, manga yang diusahakan oleh Miura beberapa bulan sebelum debut pertama Berserk. Miura bertanggungjawab untuk bahagian seni bagi siri ini, manakala jalan cerita ditulis oleh Buronson, pencipta Fist of the North Star.
Miura dilahirkan pada 11 Julai 1966 di wilayah Chiba. Dia membuat debut manga profesionalnya dengan karya “Futatabi …” di Weekly Shōnen Magazine terbitan Kodansha pada tahun 1985. Dia kemudian menerbitkan versi one-shot untuk manga Berserk di Comicomi Magazine terbitan Hakusensha pada tahun 1988. Dia melancarkan siri manga penuh Berserk dalam majalah Monthly Animal House pada tahun 1989, dan siri ini berlanjutan di majalah Young Animal hingga sekarang. Buat masa ini, terdapat lebih daripada 40 juta salinan yang diedarkan untuk Berserk.
Untuk segala liputan kami tentang francais Berserk, sila tekan pautan ini.
Sumber – Young Animal
@gamersantaimy
Discussion about this post