KONAMI telah membuka pra-pendaftaran untuk game mobile Edens Zero yang secara rasmi berjudul Edens Zero Pocket Galaxy. Game ini juga melancarkan laman web Inggeris untuk kempen pra-pendaftaran, tetapi tarikh pelepasan rasmi masih belum diketahui.
Edens Zero Pocket Galaxy pertama kali diumumkan di Tokyo Game Show 2020 di mana Konami menunjukkan trailer gameplay serta naratif cerita. Pencipta Hiro Mashima secara langsung membantu dalam pembangunan latar belakang permainan dan pembinaan dunia. Game ini menggunakan sistem “action battle” dan merupakan RPG yang dimainkan daripada sudut pandangan “top-down”, dengan elemen sosial dan gacha. Dalam pertempuran, anda boleh menukar antara tiga watak.
Selain itu, terdapat lebih dari 100 kostum, termasuk kostum ori oleh Hiro Mashima termasuk beberapa screenshot:

ada
Kempen pra-pendaftaran
Peminat kini boleh membuat pra-pendaftaran untuk Edens Zero Pocket Galaxy melalui emel atau dengan mengikuti halaman Twitter/Youtube rasmi. Butiran penuh boleh didapati di SINI. Sesiapa yang memuat turun permainan pada hari pelancaran juga akan menerima item “Cyber Costume” sebagai hadiah percuma. Tetapi bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran, korang akan terima beberapa ganjaran lain:
- 100,000: 3x skip ticket
- 200,000: 1x Iridescent Material
- 300,000: 100x Ether Drive
Adaptasi anime untuk Edens Zero juga boleh ditonton sekarang di Netflix. Diarahkan oleh Shinji Ishihara, yang juga bertugas sebagai pengarah untuk anime Fairy Tail, anime Edens Zero dihasilkan oleh J.C. Staff. Mitsutaka Hirota (Rent-A-Girlfriend) menulis skrip untuk siri ini, dan Yurika Sako (Shokugeki no Soma: The Third Plate) berperanan sebagai pereka watak. Berikut adalah sinopsis:
“Pada tahun X492, dalam zaman di mana orang bebas merantau alam semesta. Rebecca, seorang B-Cuber yang suka membuat video, mengunjungi dunia robotik Granbell dan bertemu dengan seorang pemuda dengan kekuatan khas: Shiki, yang menghabiskan seluruh hidupnya bersama mesin. Kemudian, Shiki akan menjelajah kosmos dengan Rebecca, menemui tempat, orang dan benda baru, dan membuat kawan di sepanjang jalan. Sertailah pengembaraan ini di Netflix.”
Untuk baca segala liputan kami tentang Edens Zero, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post