Asus yang tengah On fire sekarang ni memang nampak diorang nak push lebih jauh. Dan sekarang ni, diorang push untuk perkara baru iaitu Phone Asus Zenfone Max Pro M2! Kami memang mahu nak tunjuk Design Zenfone Max Pro M2 tersebut, tetapi disebabkan ada embargo (larangan menunjuk produk kepada pihak ramai), kami terpaksa akur dengan keputusan ASUS.
Tetapi, kami boleh beritahu serba sedikit tentang Zenfone Max Pro M2. Kita lihat dari Processor dulu, Max Pro M2 yang mempunyai Snapdragon 660, dengan teknologi FinFET yang terbaru dalam Max Pro M2 dengan baterinya 5000mAh yang pastinya tahan lama untuk game seperti Free Fire, PUBG dan Asphalt. Kemudiannya Screen mereka yang diperbuat daripada Gorilla Glass 6 yang hanya ada di ASUS sahaja, berbanding Zenfone 2 Deluxe yang ada Gorilla Glass 3 dan untuk korang tak tau, Gorilla Glass ni adalah Screen protector yang kuat dia memang level lain.
The phone drop prank!
.
.
Do not attempt this as home. Unless you have a Zenfone Max Pro M2, of course.With Corning Gorilla Glass 6, the #UnbeatablePerformer2dot0 is the most durable smartphone in the segment. Learn more about it at https://t.co/rfmDdndB3F pic.twitter.com/YFCPHVtpgd
— ASUS India (@ASUSIndia) December 4, 2018
Kemudiannya apa lagi? Well, kameranya yang mempunyai 12MP Sony IMX486 Sensor, 4K HD video Recording yang lebih clear dari shampoo rambut dan ada stabilizer dalam video 1080p punya resolution! So camera memang diorang dah improve bahagian tu. Seterusnya, RAM mereka yang boleh pergi sehingga 6GB dan ROM 128GB, kemudiannya mereka ada 3 slot iaitu 2 untuk nano-sim dan satu SD Card yang boleh simpan sehingga 2TB.
Kemudian kita beralih ke bahagian audio, audio yang mempunyai NXP smart amplifier yang kuat dan mengagumkan untuk sesiapa nak dengar bunyi yang sedap dan padu. Actually ada banyak lagi, tetapi kitorang tak boleh bagitau banyak sebab embargo dan nanti details, kitorang bagi dalam review kami akan datang dan korang tak order lagi sebab 11 haribulan 12 ni baru korang boleh pre-order so korang boleh tahan la sikit ya tuan-tuan.
@gamersantaimy
Discussion about this post