Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game PS Plus percuma untuk September 2021 termasuk Hitman 2, Predator & Overcooked!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 2, 2021
in Artikel, Berita, Game Percuma, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Game PS Plus percuma untuk September 2021 termasuk Hitman 2, Predator & Overcooked!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengumumkan game PlayStation Plus (PS Plus) percuma untuk bulan September 2021, dan ia terdiri daripada tiga game (yang bagi pendapat saya) agak “terkini”. Sejak pengenalan PS5 pada hujung tahun lepas, PS Plus kini menawarkan satu game untuk pemilik PS5 dan dua game PS4 yang boleh dimuat turun dan dimainkan oleh kedua-dua pengguna PS5 dan PS4. Jadi apa yang kita dapat pada bulan ini? Korang semua boleh memuat turun Overcooked: All You Can Eat, Hitman 2 dan Predator: Hunting Grounds apabila ia tersedia dalam masa beberapa hari lagi.

Take aim or chop your way to the top with September’s PlayStation Plus lineup, arriving next week.

See the full list: https://t.co/VJALVrDfhN pic.twitter.com/qQmUXYOTV4

— PlayStation (@PlayStation) September 1, 2021

Dilancarkan pada bulan Mac 2021, Overcooked: All You Can Eat! adalah game “competitive cooking” eksklusif di PS5 yang merangkumi lebih dari 100+ level untuk cuba. Kita sebagai pemain harus bekerja dengan orang lain untuk menyelesaikan tugas-tugas spesifik di dapur untuk memastikan pesanan itu lengkap dan memuaskan hati pelanggan. Untuk kawan-kawan yang mencari game multiplayer yang bagus, saya memang mengesyorkan korang cuba Overcooked alang-alang ia percuma. Sebagai game remastered untuk PS5, Overcooked: All You Can mempunyai game pertama, sekuelnya, dan semua DLC untuk kedua-dua permainan.

Kita teruskan ke bahagian game PS4 percuma pula. Pertama sekali adalah Hitman 2 yang membuat debut pada bulan November 2018. Seperti biasa, kita akan mengikuti kisah Agent 47 dan membantunya membunuh orang di lokasi-lokasi unik seperti Hawke’s Bay, Miami, Mumbai, New York, dan Santa Fortuna. Hitman 3 pun dilancarkan pada awal tahun ini dan telah menerima sambutan yang positif oleh peminat francais. Sekiranya anda baru nak berkenalan dengan siri Hitman tetapi tidak pasti kalau kena dengan “taste” atau tidak, ini adalah satu peluang yang bagus.

RelatedPosts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

Akhir sekali ialah Predator: Hunting Grounds, sebuah game “asymmetrical first-person shooter” di mana seorang akan bermain sebagai Predator manakala empat pemain lain akan mengawal askar-askar manusia. Dengan konsep multiplayer yang lebih kurang sama seperti Dead by Daylight, tujuan Predator adalah untuk membunuh semua askar manusia, sementara pihak manusia cuba untuk bertahan hidup dan menyelesaikan misi. Game ini pun dilancarkan pada April 2020.

Sekiranya masih belum memuat turun game percuma PS Plus untuk bulan Ogos, korang masih ada masa lagi. Buat masa ini, Hunter’s Arena: Legends, Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville, dan Tennis World Tour 2 masih ditawarkan untuk pengguna PS Plus sehingga 6 September 2021 sebelum diganti oleh senarai baru.

Sumber – PlayStation Blog

Tags: FreePercumaplaystationps plusSeptember 2021
Previous Post

Pendedahan Gameplay Marvel Midnight Suns menampilkan Banyak Keajaiban dalam cara baru!

Next Post

Sausage Man hadir dengan update terbaru mereka – Galactic Battleship T2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Sausage Man hadir dengan update terbaru mereka – Galactic Battleship T2!

Sausage Man hadir dengan update terbaru mereka - Galactic Battleship T2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd