Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-daftar The Lord of the Rings: Rise to War sekarang di Android & iOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Pra-daftar The Lord of the Rings: Rise to War sekarang di Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games dan Warner Bros. Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa pra-pendaftaran telah dibuka di semua platform utama untuk permainan strategi mobile The Lord of the Rings: Rise to War, yang berdasarkan trilogi buku ikonik oleh J.R.R. Tolkien dan francais filem oleh Peter Jackson selaku pengarah.

Pemain kini boleh membuat pra-pendaftaran di App Store, Google Play Store, dan laman web rasmi permainan untuk mendapat notifikasi apabila permainan dilancarkan secara rasmi. Pengguna yang membuat pra-pendaftaran juga akan menerima pek hadiah eksklusif selepas dilancarkan, termasuk potret istimewa Bilbo Baggins.

Berikut adalah rumusan rasmi bagi permainan:

Pemain akan memulakan pengembaraan baru untuk membina pasukan bagi menakluki dan memperluaskan wilayah mereka (secara strategik) untuk mendapatkan “One Ring.” Berlangsung pada era Third Age di Middle-earth , The Lord of the Rings: Rise to War menawarkan naratif yang imersif dan setia dari dunia fiksyen Arda serta menampilkan banyak watak popular seperti Ranger of the North, Aragorn, Elven Lord of Rivendell, Elrond dan lain-lain.

Berdasarkan pilihan pemain untuk berpihak kepada kuasa baik atau jahat, mereka dapat membina “Fellowship atau Warbands”, dan berkolaborasi dengan askar lain semasa melakukan rancangan serangan hendap atau membina pertahanan kuat demi menghalang kemaraan musuh. Pemain juga boleh mengembangkan ikatan pakatan antara puak di medan perang, demi memperluaskan pengaruh. Dengan pelbagai lokasi menarik di Middle-earth, ia dibahagikan kepada bahagian-bahagian jubin, di mana setiap kemenangan membolehkan kita mengambil kawasan tersebut, manakala setiap kekalahan akan membuatkan kita kehilangan tanah.

The Lord of the Rings: Rise to War akan dilancarkan pada tahun 2021. Untuk membuat pra-pendaftaran hari ini, sila lawati laman web rasmi permainan di sini.

RelatedPosts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

Tags: AndroidiOSMobileThe Lord of The RingsThe Lord of the Rings: Rise to War
Previous Post

Beberapa studio anime dilaporkan ditutup kerana COVID-19!

Next Post

Autobots, Roll Out! Transformers kini tiba di Mobile Legends: Bang Bang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Autobots, Roll Out! Transformers kini tiba di Mobile Legends: Bang Bang!

Autobots, Roll Out! Transformers kini tiba di Mobile Legends: Bang Bang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd