MARVEL akhirnya telah mengeluarkan trailer pertama untuk filem Spider-Man: No Way Home yang bakal keluar di Malaysia pada 16 Disember! Sekali lagi, Tom Holland sebagai Peter Parker akan meneruskan kisah dari penghujung filem Spider-Man: Far From Home identitinya terbongkar dan Spider-Man dituduh membunuh Mysterio. Selain Tom Holland, Zendaya akan kembali sebagai MJ, Jacob Batalon sebagai Ned Leeds dan Marisa Tomei sebagai Aunt May. Bersama mereka, Benedict Cumberbatch akan muncul sebagai Doctor Strange, Alfred Molina sebagai Doctor Octopus dan Jamie Foxx sebagai Electro. Khabar angin di internet juga menyatakan bahawa bekas Tobey Maguire dan Andrew Garfield (kedua-dua pernah berlakon sebagai Spider-Man dalam francais filem lama) mungkin akan muncul, tetapi Holland dan Sony telah menafikan khabar angin tersebut. Bagi mereka yang tidak sabar, jom kita tonton trailer pertama Spider-Man: No Way Home:
Treler Spider-Man: No Way Home menunjukkan apa yang berlaku selepas peristiwa di filem Far From Home ketika identiti Spider-Man terbongkar. Kita boleh melihat Peter pergi ke Doctor Strange untuk meminta bantuan agar semua orang boleh lupa bahawa dia adalah Spider-Man. Malangnya, ada beberapa isu yang berlaku. Selain Doctor Strange, treler Spider-Man: No Way Home juga mendedahkan Doc Ock lakonan Alfred Molina dan Green Goblin, kedua-duanya dari filem Spider-Man versi Tobey Maguire. Walaupun Green Goblin tidak ditunjukkan, kita boleh mendengar dia tertawa di latar belakang dan bom labu ikoniknya.

Selain Doc Ock dan Green Goblin, kita boleh melihat sejenis kilat kuning sekitar minit 2:26 yang mungkin adalah Electro (Jamie Foxx). Kemunculan ketiga-tiga penjahat ini menunjukkan yang francais filem lama Spider-Man akan menjadi sebahagian daripada multiverse MCU, tetapi bagaimana mereka akan diadaptasikan dalam jalan cerita masih belum diketahui. Info lanjut tentang filem Spider-Man: No Way Home pasti akan didedahkan pada masa akan datang, tetapi buat masa ini, peminat setia Spidey boleh menonton trailer ini dahulu.
Filem Spider-Man: No Way Home akan keluar di Malaysia pada 16 Disember 2021.
Source: Sony Pictures Malaysia
@gamersantaimy
Discussion about this post