Ada satu laporan dari China yang mengatakan yang memang Kingdom Hears 3 akan menapis Winne The Pooh. Tapis kat sini bermaksud bukan buang terus beruang yang pakai baju ni dari game, tapi letak spot putih atas badan dia.
Siap ada screenshot tunjuk tapisan ni, tapis-tapis pun still nampak la sket kaki dia. Kita sebagai fans pun tertanya-tanya “wadehel?”. Tapi kerajaan China buat tapisan ni sebab kata mereka ia boleh sebabkan ketidakstabilan dalam negara. Bulan Ogos sudah, kerajaan China ban watak ni lepas ada orang bandingkan penampilan Winnie The Pooh dengan president diorang, Xi Jinping. Ada jugak meme yang kaitkan gamba tahun 2013 Winnie dan Tigger dengan gamba Xi Jinping berjalan dengan Obama.
2015 plak menyaksikan kerajaan diorang censored meme Winnie/Xi Jinping yang guna-pakai gamba president tersebut kat perarakan tentera, dan ianya telah menjadi gamba paling censored pada tahun tu. Kerajaan China mengatakan ini merupakan usaha untuk menjatuhkan maruah president.
Dengan usaha censorship terkini dalam KH3, kerajaan China confirm rasa yang diorang sedang bertindak proaktif, tapis awal-awal gamba Winnie supaya takde kutu-kutu kat luar sana boleh buat meme Winnie.
Antara game lain yang jadi mangsa kepada undang-undang ketat China adalah Rainbow Six Siege dan jugak Monster Hunter World. Dijangkakan lebih banyak lagi game lain yang akan terkesan pada masa depan.
Dan korang plak, dah pre-order ke KH3? Bulan 1 nanti keluar kat PS4 dengan Xbox One. Well, boleh kata bulan 2 gak sebab dia keluar 29 Januari.
@gamersantaimy
Discussion about this post