Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

2 game indie dengan grafik kartun menarik untuk anda dapatkan di Epic Free Game minggu ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 20, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Genre, PC, Platform
0 0
0
2 game indie dengan grafik kartun menarik untuk anda dapatkan di Epic Free Game minggu ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Dua lagi game indie PERCUMA untuk anda dapatkan di Epic Game Store minggu ini! Anda boleh mula dapatkan game Void Bastards dan Yooka-Laylee bermula hari ini sehingga 27 Ogos 2021 di laman Epic Games Store. Walaupun minggu lalu mereka hanya memberikan Rebel Galaxy  sahaja untuk game percuma, tetapi kali ini mereka kembali dengan membawa dua buah game yang menarik untuk anda dapatkan.

Void Bastards dan Yooka-Laylee merupakan game indie berprofil tinggi untuk Epic Games Store, dimana kita dapat perhatikan Epic sudah mula kembali membawa tajuk-tajuk indie untuk dipromosikan dalam acara Epic Free Game. Mereka telah melancarkan beberapa game indie hebat yang boleh anda dapatkan secara percuma, dan ini adalah sebahagian daripada inisiatif “Discover: Free games” sejak tahun 2018 lagi.

Yooka-Laylee

Yooka-Laylee adalah sebuah game platform yang diterbitkan oleh Team17 pada tahun 2017 untuk PC, PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch. Ia dibangunkan oleh pasukan Playtonic Games, iaitu bekas pegawai penting dari syarikat Rare yang membawa siri Banjo-Kazooie untuk Nintendo 64 pada 20 tahun lalu. Game ini mengisahkan tentang seekor iguana bernama Yooka, dan kelawar bernama Laylee dalam quest mereka untuk mendapatkan buku ajaib dari syarikat jahat.

Gameplay Yooka Laylee membawakan pemain untuk bekerjasama meneroka dunia mereka, mengumpul barang, menyelesaikan puzzle dan mengalahkan musuh. Semasa pengembaraan, pemain perlu menyelesaikan cabaran untuk mengumpulkan “Pagies”, iaitu halaman buku emas sebagai mata wang utama game. Yooka dan Laylee boleh melakukan pelbagai kemampuan, seperti Sonar Blasting, Tongue Whipping, Sky Soaring dan kuasa sementara macam Fart Bubble untuk bernafas dalam air. Kebanyakan kemampuan ini menggunakan power meter yang diisi dengan mengumpulkan rama-rama.

Void Bastards

Void Bastards membawakan genre sci-fi first-person shooter dan roguelike yang dibangunkan oleh studio Blue Manchu dari Australia serta diterbitkan oleh Humble Bundle. Ia dilancarkan pada 28 Mei 2019 untuk PC dan Xbox One, serta mempunyai port bagi Switch dan PS4 dikeluarkan pada 7 Mei 2020. Game ini mengisahkan tentang banduan dari Sargasso Nebula yang berbahaya telah menaiki dan melarikan diri menggunakan kapal angkasa. Void Bastards menerima banyak ulasan positif dari pengkritik kerana gaya seni buku komik, humor gelap dan gameplay-nya yang menarik. Namun, ada yang mengkritik kisah game ini kurang ceria dan tidak mempunyai nilai main semula seperti game indie lain.

Disini saya sediakan pautan untuk anda dapatkan Yooka-Laylee dan Void Bastards terus ke halaman Epic Games Store. Dapatkan dua game indie menarik ini bermula hari ini sebelum tawarannya tamat pada Jumaat depan! Nantikan lebih banyak liputan kami mengenai game percuma dari Epic di masa akan datang.

Tags: Epic Free Gamesepic games store
Previous Post

Tarikh tayangan dan trailer baru ‘He-Man And The Masters Of The Universe’ Netflix didedahkan!

Next Post

GANTZ tidak akan ada anime selagi Hollywood pegang kontrak!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
GANTZ tidak akan ada anime selagi Hollywood pegang kontrak!

GANTZ tidak akan ada anime selagi Hollywood pegang kontrak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd