Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pasukan kedua Touken Ranbu Musou didedahkan! Kasen Kanesada akan menjadi ketua untuk pasukan ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 19, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, Platform
0 0
0
Pasukan kedua Touken Ranbu Musou didedahkan! Kasen Kanesada akan menjadi ketua untuk pasukan ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Koei Tecmo dan DMM Games telah mendedahkan Touken Ranbu Musou, sebuah permainan aksi baru yang bakal hadir ke Nintendo Switch dan PC melalui DMM Game Player. Hari ini, mereka mendedahkan kumpulan watak kedua yang disahkan akan muncul dalam game, dengan Kasen Kanesada bertindak sebagai ketua pasukan kedua. Judul ini menjadikan Touken Ranbu sebagai francais terbaru untuk menerima adaptasi permainan Musou/Warriors rasmi setelah Koei Tecmo bekerjasama dengan IP seperti Gundam, One Piece, dan The Legend of Zelda.

Sebagai ketua pasukan, Kasen Kanesada akan memerintah beberapa watak yang lain dalam pasukannya. Dalam pendedahan sebelum ini, bayangan Tonbokiri dan Sengo Muramasa bakal bersama ketua pasukan pertama, iaitu Mikazuki Munechika. Malah, Mikazuki merupakan antara watak Touken Ranbu yang paling terkenal dan berdasarkan salah satu daripada lima pendekar pedang paling terhebat di Jepun.

Touken Ranbu Musou akan mempunyai 15 pemain Swordboys yang boleh dimainkan dalam kelompok lima pasukan. Namun, pengagihan ahli setiap kumpulan tidak akan sama rata, kerana pasukan kedua yang dipimpin Kasen Kanesada akan mempunyai empat watak. Anda juga dapat melihat bayangan Hyuuga Masamune, Ichigo Hitofuri, dan Namazuo Toushirou bersama Kasen Kanesada dalam pasukan yang sama.

Koei Tecmo telah bekerjasama dengan DMM Games dan Nitroplus untuk membangunkan game ini setelah mendapat banyak permintaan dari fanbase Jepun. Ketika Famitsu mengadakan tinjauan pada tahun 2015 mengenai francais mana yang harus menerima adaptasi game Musou, ramai yang menjawab Touken Ranbu sebagai IP permainan paling banyak dipilih.

Touken Ranbu Musou akan mula tersedia di platform Nintendo Switch dan PC melalui DMM Game Player di Jepun. Kita akan mengetahui pasukan ketiga pada 25 Ogos 2021 nanti melalui DMM Games dan Koei Tecmo! Pelancaran global masih belum diumumkan tetapi saya harap pihak pemaju dan penerbit memikir tentang peminat antarabangsa yang minat kepada francais ini. Anda boleh membaca maklumat mengenai pasukan pertama yang didedahkan pada minggu lalu, dan nantikan lebih banyak info akan datang dari kami!

Tags: nintendo switchPCTouken Ranbu Musou
Previous Post

Anime The Witcher: Nightmare of the Wolf mendapatkan perincian baru termasuk poster & watak!

Next Post

Dragon Ball Super: Vegeta menamakan transformasi baru Ultra Ego!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Dragon Ball Super: Vegeta menamakan transformasi baru Ultra Ego!

Dragon Ball Super: Vegeta menamakan transformasi baru Ultra Ego!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd