Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation bakal kembali pada Oktober 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation bakal kembali pada Oktober 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation telah mengesahkan tarikh tayangan rasmi untuk bahagian kedua dengan poster baru! Walaupun asalnya ditunda kerana wabak COVID-19 yang sedang berlangsung, musim debut untuk siri ini berjaya menarik sambutan yang tinggi di seluruh dunia. Dihasilkan oleh studio baru bernama Studio Bind, musim pertama Mushoku Tensei berakhir pada awal tahun 2021 tetapi mengesahkan bahawa “bahagian kedua” akan datang pada musim luruh ini.

Secara rasminya, bahagian kedua untuk anime Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation akan kembali pada 3 Oktober. Bahagian pertama dalam anime menyaksikan Rudeus menggembara ke Kerajaan Asura. Seterusnya, sebuah poster terbaru juga menunjukkan beberapa watak baru. Anda boleh melihat poster ini di bawah.

Untuk mereka yang tidak tahu, berikut adalah sinopsis untuk Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation:

RelatedPosts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

“Meskipun dibuli, dihina, dan ditindas sepanjang hidupnya, seorang lelaki berusia 34 tahun masih bernekad untuk mencuba sesuatu yang gagah. Malangnya, ia berakhir dengan kemalangan tragis. Secara tidak sangka, dia hidup semula di dunia lain sebagai Rudeus Greyrat, dan memulakan hidup baru sebagai bayi yang dilahirkan oleh dua ibu bapa yang penyayang.

Bersama memori dan pengetahuan dari kehidupan sebelum, Rudeus dengan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Dengan pemikiran orang dewasa, dia mula menunjukkan bakat yang menakjubkan, lalu mengasah kemahirannya dengan bantuan seorang ahli sihir bernama Roxy Migurdia. Rudeus belajar seni pertempuran pedang dari ayahnya, Paul, dan bertemu Sylphiette, seorang gadis yang kemudian menjadi kawan karibnya.

Diberi kehidupan kedua, Rudeus cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk melupakan masa lalunya yang tragis.. dan mungkin suatu hari, akan menemui satu perkara yang tidak pernah ditemuinya iaitu cinta.”

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Twitter@ Mushoku Tensei

Tags: animeMushoku Tensei: Jobless Reincarnationposter
Previous Post

Nikmati Diskaun PlayStation “Summer Deals” pada Perisian PS5 & PS4, PS VR serta banyak lagi bermula 23 Ogos ini!

Next Post

Pokémon Asia Players Cup 2021 diumumkan dan pendaftaran kini dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pokémon Asia Players Cup 2021 diumumkan dan pendaftaran kini dibuka!

Pokémon Asia Players Cup 2021 diumumkan dan pendaftaran kini dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd