Ok, kita semua tahu yang Kingdom Hearts 3 baru je siap development dan nampaknya korang sendiri boleh main Kingdom Hearts 3 yang memang telah ditunggu-tunggu oleh peminat kat Malaysia. So apa yang korang boleh expect kat Kingdom Hearts 3? Well, selain game yang magical ada Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy dan banyak lagi akan masuk dalam Adventure dalam game yang semestinya akan nampak mengagumkan dengan Character Disney yang lebih banyak berbanding sebelum ni.
Jadi, kat mana korang boleh test main game ni? Well, korang boleh test Kingdom Hearts 3 kat Play Everything Lounge kat Sunway Pyramid pada 23-25 November ni bermula 10am hingga 10pm dan yes, Semua dijemput hadir untuk event ni untuk yang akan berlangsung selama beberapa hari bermula 23 November ni. Dan untuk pengetahuan korang, Play Everything Lounge ni akan berada sehingga 17 Februari 2019, ianya hanya sementara sahaja.
Ok, kalau korang dah suka main Game kingdom Hearts 3 ni, korang boleh beli game ni dengan harga kalau untuk
- (Disc) RM239,
- (Digital) RM229,
- (Deluxe) yang akan ada Artbook, Steelbook Case, Collectable Pins dan Kingdom Hearts 3 RM349,
- (ALL-IN-ONE) yang akan ada Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX Instant Access, Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue Instant Access dan Kingdom Hearts 3. RM429.
So, bila korang boleh beli? 29 Januari 2019 hanya untuk Console players sahaja iaitu PS4 dan Xbox One. So PC players and Nintendo, Sorry diorang tak buat apa-apa announcement untuk platform ni, so mohon bertabah ya.
@gamersantaimy
Discussion about this post