Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Bleach bakal kembali dengan bab istimewa tidak lama lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Bleach bakal kembali dengan bab istimewa tidak lama lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah beberapa tahun francais Bleach mendiamkan diri, tetapi penciptanya, Tite Kubo, tidak akan lupa tentang siri-nya yang paling terkenal. Kisah Bleach telah tamat pada tahun 2016 manakala anime mempunyai pengakhiran yang tidak dijangka kerana tidak mengadaptasikan ‘story arc’ terakhir. Segalanya akan berubah kerana sebuah laporan baru dari Jepun mengesahkan bahawa manga Bleach bakal kembali dengan satu bab istimewa tidak lama lagi!

BLEACH will be receiving a new special chapter of 73 pages to commemorate its 20th Anniversary in Weekly Shonen Jump Issue #36/37.

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) July 28, 2021

Ya benar kawan-kawan sekalian. Bleach akan kembali dengan bab baru pada tahun ini, dan ia akan dilukis sendiri oleh Tite Kubo. Projek ini adalah sempena ulang tahun ke-20 francais Bleach, dan saya tahu ramai peminat tidak sabar kan. Menurut promo terbaru di majalah Shonen Jump, Bleach akan menerbitkan bab ‘one-shot’ dalam edisi #36/37. Projek ini akan mempunyai sebanyak 73 mukasurat, dan hanya itu sahaja yang kita tahu setakat ini. Selain itu, maklumat lanjut mengenai ‘one-shot’ ini masih dirahsiakan.

Selain projek ini, Kubo juga sibuk menguruskan siri lain. Sekiranya anda masih ingat, dia kembali ke Shonen Jump dengan sebuah manga pendek berjudul Burn the Witch. Siri baru ini juga mendapat adaptasi anime pada tahun lepas, di mana Kubo mendedahkan bahawa peminat boleh mengharapkan lebih banyak dari siri ini pada masa akan datang. Di samping itu, anime Bleach juga akan membuat ‘comeback’ anime. Setelah sekian lama menunggu, ‘story arc’ Thousand-Year Blood War akan diadaptasikan ke anime, tetapi buat masa ini tidak banyak info yang didedahkan. Mungkin mereka akan menjelaskan info lanjut bersama ‘one-shot’ ini?

Untuk mereka yang tidak tahu, Bleach dianggap sebagai salah satu “Big Three” dalam majalah Shonen Jump pada era awal tahun 00-an, bersama Naruto dan One Piece. Manga ini mempunyai diedarkan lebih dari 120 juta salinan di seluruh dunia, dan diadaptasi menjadi siri anime pada tahun 2004 yang berlangsung selama lapan tahun. Manga Bleach akan kembali dalam bentuk ‘one-shot’ istimewa tapi apa pendapat anda? Jangan segan-silu untuk kongsi pendapat di ruang komen. Untuk segala maklumat kami pasal Bleach, sila tekan pautan ini.

Sumber – Twitter@Shonen Jump News – Unofficial

Tags: animebleachmangatite kubo
Previous Post

Back 4 Blood mendedahkan apa yang akan datang pada Beta Terbuka bulan depan!

Next Post

Peminat gila membunuh ibu bapa kerana mengganggu sesi menonton anime

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Peminat gila membunuh ibu bapa kerana mengganggu sesi menonton anime

Peminat gila membunuh ibu bapa kerana mengganggu sesi menonton anime

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd