Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Komi Can’t Communicate mendapat siri live action, dilakonkan oleh Elaiza Ikeda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Komi Can’t Communicate mendapat siri live action, dilakonkan oleh Elaiza Ikeda!
Share on FacebookShare on Twitter

NHK mengumumkan hari ini bahawa manga Komi Can’t Communicate (Komi-san wa Comyushō desu.) oleh Tomohito Oda akan mendapat siri live action yang akan membuat tayangan perdana pada 6 September 2021! Siri live action ini hanya akan mempunyai lapan episod di mana Elaiza Ikeda akan berlakon sebagai Shouko Komi, manakala Takahisa Masuda akan memegang watak Hitohito Tadano.

Elaiza Ikeda akan berlakon sebagai Shouko Komi
Takahisa Masuda akan berlakon sebagai Hitohito Tadano

Bagi pasukan produksi untuk siri live action Komi Can’t Communicate, Yoshihito Okashita dan Eiji Ishii akan mengarahkan siri ini. Fumie Mizuhashi akan menulis skrip. Toshikazu Higuchi dan Asako Takagi adalah produser eksekutif. Hiroyuki Ōnuma akan menghasilkan drama tersebut. Tо̄ichirо̄ Rutо̄ sebagai produser penyelaras. Eishi Segawa pula akan menyusun muzik. Manga Komi Can’t Communicate juga menginspirasi adaptasi anime yang akan keluar pada bulan Oktober ini di TV Tokyo. Berikut adalah rumusan untuk jalan cerita menurut My Anime List:

“Ini adalah hari pertama Shouko Komi di Itan Private High School yang berprestij, dan dia telah naik ke status sebagai idola dalam sekolah tersebut. Dengan rambut hitam yang panjang dan penampilan yang tinggi dan anggun, dia menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Hanya ada satu masalah sahaja- walaupun popular, Shouko sangat teruk semasa berkomunikasi dengan orang lain.

Hitohito Tadano adalah pelajar sekolah menengah tipikal. Dengan motto hidup “baca situasi dan pastikan untuk menjauhkan diri dari masalah,” dia mendapati bahawa duduk di sebelah Shouko telah menjadikannya sebagai musuh kepada semua orang di dalam kelasnya! Suatu hari dia pengsan secara tidak sengaja, dan kemudian bangun apabila mendengar bunyi  “meow” dari Shouko .

Dia berpura-pura tidak mendengar apa-apa, lalu menyebabkan Shouko melarikan diri. Tetapi sebelum dapat melarikan diri, Hitohito akhirnya sedar bahawa Shouko tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan mudah. Sebenarnya, dia tidak ada satu kawan pun. Hitohito bertekad untuk menolong Shouko dengan misi untuk membuat 100 sahabat sehingga dia dapat mengatasi isu komunikasi ini.”

Tomohito Oda melancarkan manga ini di Weekly Shonen Sunday pada Mei 2016, setelah menerbitkan versi one-shot pada bulan September 2015. Buat masa ini, Shogakukan sudah menerbitkan jilid buku kompilasi manga ke-21 pada 18 Mei, dan akan menerbitkan jilid ke-22 pada 18 Ogos. Untuk segala liputan kami tentang anime, anda boleh tekan pautan ini.

Sumber – Comic Natalie

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeElaiza IkedaKomi Can't Communicatelive actionmangaShouko
Previous Post

Hades dan Ghost of Tsushima tapau kemenangan di Anugerah GDC 2021!

Next Post

Kasut Air Max, skin Kar98K, semuanya dalam kolaborasi Rich Brian di PUBG Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kasut Air Max, skin Kar98K, semuanya dalam kolaborasi Rich Brian di PUBG Mobile!

Kasut Air Max, skin Kar98K, semuanya dalam kolaborasi Rich Brian di PUBG Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd