Laman web rasmi untuk anime reboot baru Shaman King oleh Hiroyuki Takei mengumumkan semalam bahawa episod ke-18 dan ke-19 telah ditunda selama dua minggu, kerana liputan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020. Episod ke-18 bertukar tarikh dari 29 Julai ke 12 Ogos, manakala episod ke-19 akan ditangguh dari 5 Ogos ke 19 Ogos. Pada masa yang sama, beberapa siri anime lain yang kini ditayangkan seperti Welcome to Demon School, Iruma-kun dan Love Live! Superstar!! juga ditunda selama dua minggu kerana sebab yang sama.
【#SHAMANKING ご視聴ありがとうございます!】
BSテレ東にてご覧いただいた皆さん、ありがとうございました!
📺次回
第18廻「グレート・スピリッツ そしてマイチーム」
※特別編成のため放送日時が変更となります。特別編成にともなう放送についてhttps://t.co/sLwAq0IhO5 pic.twitter.com/r6iT330p3Y
— 『SHAMAN KING FLOWERS』TVアニメ公式|Blu-ray BOX 4/24発売 (@SHAMANKING_PR) July 22, 2021
Anime reboot Shaman King bermula tayangan pada 1 April dan masih berlangsung. Untuk penonton global, Netflix akan menayangkan anime ke seluruh dunia pada 9 Ogos. Menurut laporan, anime ini akan mengadaptasi kesemua 35 jilid edisi lengkap bagi dalam 52 episod. Harap maklum sekali lagi, ini adalah reboot kerana anime pertama ditayangkan pada tahun 2001.
“Sebuah pertarungan akan bermula di Tokyo. Dinamakan Shaman Fight, ia adalah pertandingan yang diadakan setiap 500 tahun di mana Shaman- individu yang boleh mengawal roh – akan bertarung. Pemenang pertandingan ini akan menjadi Shaman King dan merupakan satu-satunya individu yang mampu menghubungi dan mengawal Great Spirit. Ini membolehkan individu tersebut untuk membentuk semula dunia mengikut kehendak dia melalui kuasa Great Spirit.”
“Semasa berjalan pada waktu malam, Manta Oyamada bertemu dengan rakan sekelasnya, Yoh Asakura, yang mengajaknya melihat bintang dengan beberapa rakan lain. Manta terkejut apabila melihat yang rakan-rakan itu sebenarnya adalah hantu! Manta mempunyai “sixth sense” di mana dia boleh melihat roh-roh ini lalu terpikat dengan Yoh. Oleh itu, apabila Yoh mengetahui bahawa Manta telah dipukul oleh gengster tempatan, dia memilih untuk membalas dendam dengan bantuan seorang hantu samurai, Amidamaru!”
Jangan sedih ya kerana anime Shaman King ditunda! Kita hanya perlu tunggu dua minggu sahaja. Untuk segala liputan kami tentang Shaman King, sila tekan pautan ini.
Sumber – Laman web Shaman King (anime)
@gamersantaimy
Discussion about this post