Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konsol Xbox dijadikan bahan gurauan lagi! DJ Khaled ingat Xbox Series S sebagai pembesar suara

Amir Haziq by Amir Haziq
July 19, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Konsol Xbox dijadikan bahan gurauan lagi! DJ Khaled ingat Xbox Series S sebagai pembesar suara
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini telah tersebar sebuah video lucu DJ Khaled telah tersilap menganggap Xbox Series S sebagai pembesar suara di Youtube. Beliau telah menerima sebuah kotak promosi Xbox Series S yang mengandungi pelbagai barangan menarik dari Lebron James dan Xbox.  Klip video pendek ini pada mulanya telah dikongsi melalui Instagram story beliau, dan kini ianya menjadi bahan gurauan peminat di media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=CllNWjlcK1k&ab_channel=BOBTheBuilder

Kotak promosi yang diterima oleh DJ Khaled sangat menarik kerana didalamnya mengandungi pelbagai barangan bertemakan Space Jam: A New Legacy, yang baru-baru ini telah diumumkan bakal kembali dan berkolaborasi bersama Xbox. Antara barangan dalam kotak promosi Space Jam itu seperti controller wireless, sepasang kasut, kad trading Bugs Bunny dan sebuah Xbox Series S.

DJ Khaled sangat menyukai hadiah yang diterimanya kerana ia sangat sepadan dengan sifat peramah beliau, dan turut menyatakan ingin menyimpan kasut tema Space Jam itu di dalam bilik kasutnya. Video tersebut juga menunjukkan reaksi beliau hanya tertarik pada kasut itu dan bukan pada konsol Xbox Series S ataupun pada item lain dari kotak tersebut. Tetapi jangan menilai terlalu awal, kerana beliau telah memuat naik satu lagi video di Instagram yang menunjukkan DJ Khaled menonton filem Space Jam: A New Legacy bersama keluarganya.

Klip video pendek dari DJ Khaled sebenarnya hanyalah sebahagian dari jenaka beliau tentang bentuk konsol tersebut seperti pembesar suara. Beliau sering tampil dengan perwatakan yang menghiburkan dan sangat mesra bersama peminat, jadi ini bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu besar. Bagi mereka yang belum pernah melihat Xbox Series S sebelum ini pasti akan menganggap ianya adalah sebuah pembesar suara kerana bentuknya.

Semasa acara E3 2021 yang lalu, Xbox telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Xbox Mini Fridge yang sebelum ini telah dijadikan bahan gurauan dari warga internet. Mungkin selepas ini kita akan melihat Xbox bakal menghasilkan pembesar suara kerana terinspirasi dari gurau DJ Khaled.

Sumber: GameRant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DJ KhaledSpace Jam: A New LegacyXbox Series S
Previous Post

Tahniah! GRITG Ares dinobat sebagai juara PMNC 2021 dan akan bertanding di PMPL MY/SG Musim 4

Next Post

Hampir setaraf dengan Superman, manga One Piece mencecah pengedaran sehingga 490 juta salinan di Seluruh Dunia!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Hampir setaraf dengan Superman, manga One Piece mencecah pengedaran sehingga 490 juta salinan di Seluruh Dunia!

Hampir setaraf dengan Superman, manga One Piece mencecah pengedaran sehingga 490 juta salinan di Seluruh Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd