Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lost Judgment mungkin adalah game terakhir kerana isu dengan PC Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 13, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Lost Judgment mungkin adalah game terakhir kerana isu dengan PC Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Yakuza adalah nama yang dikenali di kalangan gamers. Oleh kerana popularitinya yang tinggi, Sega memutuskan untuk mengembangkan francais melalui spin-off Judgment pada tahun 2018. Sekarang, permainan seterusnya Lost Judgment akan dilancarkan tidak lama lagi tetapi kemungkinan tidak akan menerima sekuel selepas itu kerana isu di PC Steam.

Menurut laporan, Lost Judgment kemungkinan akan menjadi permainan terakhir dalam francais Judgment kerana adanya batasan kontrak. Laman web Jepun Nikkan Taishu melaporkan bahawa siri Judgment kini dalam bahaya kerana ada sebuah peraturan khusus mengenai penampilan pelakon yang disalahgunakan di platform Steam.

Diterjemahkan di subreddit GamingLeaksAndRumours, oleh kerana agensi bakat Takuya Kimura (pelakon untuk watak utama Judgment) tidak setuju dengan adaptasi permainan di PC, francais ini mungkin tidak akan membuat permainan baru selepas Lost Judgment. Kimura, yang memberi suara dan merupakan model untuk protagonis Takayuki Yagami, memiliki perjanjian kontrak khusus mengenai platform apa yang boleh menggunakan wajah pelakon tersebut. Ini adalah peraturan khas oleh agensi bakat tersebut yang meletakkan sekatan pada semua bakat-bakatnya.

Seperti yang anda semua boleh lihat. Lost Judgment akan keluar untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X|S, tetapi tidak untuk PC. Walaupun ada peminat yang kecewa, itu tidak cukup kerana Sega sudah mengesahkan bahawa versi PC tidak dirancang buat masa ini. Ini membuatkan khabar angin tersebar di internet di mana ramai menganggap agensi bakat Kimura melarang wajah pelakon popular ini digunakan untuk mana-mana permainan termasuk Lost Judgment di pelantar PC seperti Steam, Epic Games, dan sebagainya.

Sega belum memberi komen mengenai khabar angin ini tetapi ramai peminat masih keliru tentang sebab utama permainan tidak dilancarkan di PC. Semoga Sega dapat menyelesaikan isu-isu ini supaya peminat dapat meneruskan perjalanan Yagami di konsol dan PC.

Lost Judgment akan keluar di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X|S pada 24 September 2021. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – GamingLeaksAndRumours

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: isuLost JudgmentPCsegasteamtakuya kimura
Previous Post

Kimetsu Academy Story Sertai Versus Mode of Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles!

Next Post

PUBG: New State mendedahkan kenderaan unik di peta Troi dengan mekanisme pertempuran baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PUBG: New State mendedahkan kenderaan unik di peta Troi dengan mekanisme pertempuran baru!

PUBG: New State mendedahkan kenderaan unik di peta Troi dengan mekanisme pertempuran baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd