Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Team Razer kini bekerjasama dengan pasukan juara dunia, Ninjas in Pyjamas!

NIP dinobatkan sebagai Juara Dunia Six Invitational 2021 World Champion pada bulan Mei lalu

Amir Haziq by Amir Haziq
July 8, 2021
in Artikel, Berita, Esports
0 0
0
Team Razer kini bekerjasama dengan pasukan juara dunia, Ninjas in Pyjamas!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer hari ini telah mengumumkan bahawa mereka kini bekerjasama dengan pasukan eSukan terkenal, iaitu Ninjas In Pyjamas (NIP). Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 2000 di Sweden, dan kini NIP berkembang menjadi nama gergasi dalam dunia eSukan global serta organisasi kuasa besar dalam komuniti kompetitif first-person shooter (FPS).

Pasukan NIP sangat terkenal di kejohanan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) dan Rainbow Six: Siege (R6), serta baru-baru ini mereka telah dinobatkan sebagai Juara Dunia Six Invitational 2021 World Champion pada bulan Mei lalu setelah mengalahkan beberapa pasukan terbaik di Siege. Pada bulan April yang lalu juga, Ninjas In Pyjamas telah menggegarkan dunia CS:GO dengan menandatangani salah satu pemain terbaik dan paling konsisten di game tersebut, iaitu Nicolai “dev1ce’ Reedtz dari pasukan Astralis. Bersama dengan ahli lama seperti REZ dan Plopski, NIP telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Flashpoint Musim Ketiga.

Ketua eSukan (EMEA) Razer, iaitu Yann Salsedo menyatakan beliau sangat teruja untuk bekerjasama dengan NIP kerana mereka mewakili gabungan dua gergasi eSukan yang sudah lama wujud. Razer adalah salah satu penaja eSukan yang asli, sebelum permainan kompetitif dipanggil ‘eSukan’, dan NIP pula merupakan organisasi terbesar serta mempunyai sejarah kejayaan yang terkenal. Melalui gabungan ini, mereka dapat meningkatkan eSukan ke tahap baru dengan membawa lebih banyak kandungan serta produk baru kepada peminat.

Kerjasama dengan Razer

Sebagai sebahagian daripada Team Razer, pemain NIP akan dilengkapi dengan peralatan gaming terbaik dari Razer seperti mouse, keyboard dan headset. Razer juga akan bekerjasama rapat dengan pemain NIP semasa fasa penyelidikan dan pembangunan produk eSukan baru dengan mengumpul maklum balas serta ujian bagi mendapatkan prestasi gaming luar batasan.

CEO Ninjas In Pyjamas, iaitu Hicham Chahine menyatakan sebagai salah satu pasukan eSukan terbesar di dunia, mereka berusaha untuk bersaing di peringkat tertinggi dan memberikan prestasi elit dari setiap pemain. Kerjasama dengan Razer telah meningkatkan semangat pasukan NIP untuk memenangi setiap trofi utama yang diinginkan. Mereka juga teruja untuk bersaing dibawah naungan Team Razer dan berharap dapat bekerjasama rakan yang berfikiran sama untuk melangkah lebih jauh di peringkat global.

Razer Customs untuk peminat NIP dapatkan!

Peminat NIP kini boleh menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan dengan peralatan gaming periferal Razer Customs khas yang dihiasi dengan rekaan NIP. Antara peralatan periferal seperti mouse berjenama NIP bersama mouse mat sebagai tambahan pilihan pada barisan produk Razer Customs yang sedia ada. Peminat eSukan pastinya ingin mendapatkannya untuk digunakan semasa bermain nanti!

Pada bulan Jun yang lalu, Razer telah melancarkan BlackShark V2 Pro – Six Siege Special Edition, iaitu headset eSukan rasmi Six Siege. Versi edisi khas untuk headset eSukan Razer mempunyai skin warna serta logo Six Siege yang ikonik dan pasukan NIP akan memakainya semasa Six Invitational 2021 nanti.

Dengan perkembangan barisan baru dalam Team Razer, peminat eSukan boleh melihat lebih banyak produk menarik dari Razer yang direka dari game kegemaran serta pasukan mereka. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Team Razer. Bagi yang ingin membaca review barangan Razer dari kami, anda boleh tekan pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: esukanNinjas in PyjamasrazerTeam Razer
Previous Post

Konami menamatkan kontrak dengan bintang bola sepak Antoine Griezmann kerana isu rasis!

Next Post

Anime Vinland Saga sah mendapat musim kedua!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Vinland Saga sah mendapat musim kedua!

Anime Vinland Saga sah mendapat musim kedua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd