Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Legend of Mana Remastered: Selamatkan dunia Fa’Diel sekali lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, JPRG, Nintendo Switch, PC, PS4, Review
0 0
0
Review Legend of Mana Remastered: Selamatkan dunia Fa’Diel sekali lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Seiken Densetsu atau lebih dikenali sebagai siri Mana, mempunyai banyak peminat di luar Jepun walaupun hakikatnya, tidak semua judul utamanya dikeluarkan untuk pasaran antarabangsa. Hanya pada beberapa tahun yang lalu, peminat JRPG di seluruh dunia dapat “secara sah” mencuba judul ke-3 dalam francais buat pertama kali. Tahun ini, Square Enix membawa kembali entri ke-4 yang pada awalnya dilancarkan untuk PlayStation di Jepun pada tahun 1999, untuk platform lebih baru. Inilah review saya untuk Legend of Mana Remastered!

Walaupun versi ini merangkumi pilihan “save” baru, grafik yang diperbaiki, muzik yang disusun semula, dan pilihan untuk aktifkan atau tidak “enemy encounter”, saya rasa heran mengapa pemaju tidak membuat remake untuk permainan seperti yang dilakukan dengan dua entri sebelum ini. Walaupun begitu, setelah dua dekad, Legend of Mana terus menjadi permainan hebat yang akan mengembalikan kenangan nostalgia kepada pemain retro dan juga pemain baru yang berminat untuk cuba. Tanpa melengahkan masa lagi, jom selami review Legend of Mana Remastered ini.

Jalan cerita & naratif

Kebanyakan ciri-ciri utama yang menjadi siri ini popular masih menjadi sebahagian daripada permainan, namun Legend of Mana sebenarnya terkenal untuk banyak aspek lain, termasuk jalan cerita yang bukan tradisional. Permainan ini berlangsung bertahun-tahun selepas peristiwa entri ke-3, jadi pemain yang tidak bermain siri ini tidak perlu risau dan dapat menikmati plot cerita sepenuhnya. Pemain boleh memilih antara protagonis lelaki atau wanita dan ditugaskan untuk mencari Mana Tree.

Dunia Fa’Diel amat kosong dan tandus, jadi ia terserah kepada protagonis untuk mengisinya semula dengan kehidupan. Dengan menggunakan “Land Creation System”, pemain akan meletakkan artifak istimewa untuk menghasilkan persekitaran baru. Setiap kota atau “dungeon”  menawarkan watak-watak berwarna-warni, persekitaran yang bervariasi, dan misi-misi yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam siri. Jalan cerita permainan sebenarnya terdiri dari semua kisah-kisah daripada misi kecil ini dan dapat dimainkan tanpa mengikut urutan. Cara mereka membawa jalan cerita yang tidak linear ini kekal “original” dan kreatif walaupun sudah bertahun-tahun wujud.

Seperti saya kata tadi, setiap misi bervariasi, kreatif, dan menampilkan watak-watak luar biasa. Pari-pari, naga, dan tumbuh-tumbuhan adalah sebahagian daripada pelbagai makhluk hidup yang mendiami kawasan Fa’Diel yang berwarna-warni. Watak-watak eksotik ini menawarkan pelbagai jenis tugas, seperti menolong seekor “Centaur” muda mencari cinta sejati. menyiasat sebuah fenomena hantu dan lain-lain. Beberapa individu ini malah menyertai parti kita buat sementara waktu. Terdapat total 68 misi, walaupun ada yang tidak dapat dilakukan sehingga kita selesaikan yang lain dahulu. Dengan ciri istimewa ini, Legend of Mana menawarkan jalan cerita yang penuh dengan momen-momen yang tidak dijangka.

Aspek eksplorasi

Legend of Mana, seperti mana-mana JRPG pada era itu, tidak membimbing pemain sepenuhnya dalam misi, lantas membuatnya lebih mencabar. Permainan mempunyai sejenis diari bagi pemain untuk melihat misi mana yang telah diselesaikan dan mana yang belum selesai, tetapi pemain sendiri perlu meneroka dan mencuba pelbagai perkara untuk menyelesaikan kebanyakan pencarian. Untuk membantu mereka yang buntu atau tersekat, permainan memperkenalkan seorang tukang tilik yang memberi petunjuk, namun maklumatnya tidak sentiasa jelas. Dengan menyelesaikan misi, pemain akan menerima artifak yang diperlukan untuk membuat bandar dan dungeon baru, di mana mereka akan menemui lebih banyak misi.

Bandar pula senang dijelajahi kerana ia mempunyai jalan yang linear, tetapi dungeon lebih sukar kerana strukturnya yang pelik dan tidak ada peta. Setiap dungeon dibahagikan kepada kawasan-kawasan kecil yang mempunyai satu atau beberapa laluan. Kadangkala, laluan ini akan membawa pemain ke tempat yang tidak dijangka, seperti kawasan jauh yang pernah dikunjungi sebelum ini.

Struktur yang mengelirukan ini menjadikan sesi penerokaan kita lebih mencabar. Jika sebuah peta ditambahkan, kita tidak perlu mengingati semua jalan rumit untuk menjelajahi kawasan yang sudah dijelajahi. Supaya pemain tidak terlalu tertekan, versi remaster mempunyai pilihan untuk mematikan “enemy encounter”. Harap maklum, ia tidak akan memberi banyak bantuan kerana saya sendiri masih sesat berpusing-pusing di kawasan yang sama.

Terdapat banyak aktiviti selain dari bertarung dan menjelajah, seperti memelihara haiwan peliharaan, menanam tanaman, mencipta Golem (*gelak*), menghasilkan senjata dan baju besi, dan membuat alat muzik. Kebanyakan fitur ini akan dibuka sedikit demi sedikit selepas menyelesaikan misi. Haiwan peliharaan baru boleh diperoleh dengan menangkap telur raksasa dan menunggu ia menetas. Haiwan ini dapat diberi makan dan boleh menjadi lebih kuat dengan bermain mini-game bernama Ring Ring Land (sebuah fitur baru untuk versi remaster).

Dengan menggunakan “Forge”, pemain dapat mencipta rakan kuat bernama Golem dan menghasilkan senjata baru atau menambah baik senjata sedia ada. Di “Workshop”, pemain dapat membuat alat muzik yang digunakan untuk bertarung dan menangkap “spirit”, yang dapat ditemui di kawasan-kawasan yang berlainan dan perlu diumpan dengan bunyi muzik untuk menjatuhkan barang istimewa. Dengan pelbagai aktiviti ini, kita ada banyak cara untuk menikmati permainan.

Sistem pertempuran

Seperti permainan sebelum dalam siri, Legend of Mana mempunyai sistem “real-time battle”. Pemain mempunyai “normal attack”, “heavy attack”, dan dapat memilih dua tindakan lain, seperti bertahan, melompat, atau menyerang balik. Selain itu, terdapat empat slot untuk skil, yang terdiri daripada sihir atau fizikal.

Skil fizikal dibuka dengan bertarung dengan senjata tertentu dan hanya dapat digunakan dengan senjata tersebut, manakala skil sihir kebanyakannya berasal dari alat muzik dan dapat dilengkapi dengan mana-mana senjata. Semua elemen ini memberikan perasaan nostalgia semasa bermain JRPG klasik dahulu, tetapi saya harus mengaku bahawa rakan AI kita bukanlah yang paling pandai dan kebanyakan masa, tidak banyak membantu.

Oleh kerana musuh biasa bukan ancaman kepada kita dan hanya bos yang menjadi halangan besar, pemain yang menginginkan gameplay lebih mencabar dapat beralih ke New Game+, di mana kita membawa kebanyakan barang penting seperti senjata, barang-barangan, dan lain-lain dari “playthrough” pertama untuk menghadapi musuh yang lebih kuat. Peminat veteran dialu-alukan untuk mencuba permainan ini kerana versi remaster memiliki banyak pilihan “save” baru yang membuatkannya lebih mudah dan menyeronokkan kerana “auto-save” dapat digunakan pada hampir bila-bila masa.

Alunan muzik & grafik

Satu lagi perkara yang saya harus puji adalah soundtrack mengagumkan yang disusun oleh Yoko Shimomura dan merangkumi soundtrack asli dan versi yang disusun semula. Muziknya terdiri dari lagu-lagu perayaan yang sesuai semasa kita menjelajah bandar hingga ke muzik misteri yang menjadikan setiap dungeon lebih seram. Bukan setakat muzik sahaja yang menghidupkan suasana, malah tahap keperincian visual menjadikan setiap lokasi mudah dilihat. Walaupun grafik dibuat semula tetapi ia kekal sepadan dengan gaya dan nada unik seperti versi asli pada tahun 1999. Reka bentuk eksotik bagi setiap makhluk, watak, dan musuh beserta nada muzik menunjukkan kemampuan visual yang ia sepatutnya boleh, dan mungkin membangkitkan kenangan nostalgia untuk sesiapa yang pernah bermain siri Mana.

Pendapat

Saya yakin ramai peminat lama akan menikmati semua penambahan baru dalam Legend of Mana Remastered kerana ia masih dikekalkan dalam bentuk asli, manakala pemain baru akan belajar untuk mencintai sebuah JRPG klasik yang mempunyai pengembaraan tidak konvensional dan soundtrack luar biasa.

Saya memang suka permainan ini dan akan mencadangkannya kepada sesiapa sahaja yang minat genre RPG. Walaupun ada yang sedih Legend of Mana tidak diberi remake oleh Square Enix seperti permainan lain dalam siri, tetapi saya masih berpuas hati dengan karya ini. Itu sahaja untuk review Legend of Mana Remastered ini! Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Gameplay video

Legend of Mana Remastered
Release Date: 2021-06-24
Nintendo Switch
Mulakan perjalanan untuk mencari Mana Tree mistik yang dilihat dalam mimpi, sebelum menemui ... peta dunia kosong! Semasa perjalanan anda, anda akan memperoleh artifak khas; letakkan di mana sahaja anda mahu di peta untuk menghidupkan bandar dan penjara bawah tanah dan memajukan cerita. Akan datang 24 Jun 2021. Tangkap semula semua keajaiban Legend of Mana yang asli, dibuat semula dalam HD dan dengan ciri baru!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Legend of Mana Remastered

7 Score

Saya yakin ramai peminat lama akan menikmati semua penambahan baru dalam Legend of Mana Remastered kerana ia masih dikekalkan dalam bentuk asli, manakala pemain baru akan belajar untuk mencintai sebuah JRPG klasik yang mempunyai pengembaraan tidak konvensional dan soundtrack luar biasa.

Review Breakdown

  • Saya memang suka permainan ini dan akan mencadangkannya kepada sesiapa sahaja yang minat genre RPG. Walaupun ada yang sedih Legend of Mana tidak diberi remake oleh Square Enix seperti permainan lain dalam siri, tetapi saya masih berpuas hati dengan karya ini. 0
Tags: Legend of ManaLegend of Mana Remasteredreviewsquare enixulasan
Previous Post

MARVEL Super War S7 bermula hari ini dan menampilkan Venom di dalam debutnya!

Next Post

Alamak! PKPD pula kalini! Kalau bosan duduk rumah, jom main game yang kami cadangkan ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Alamak! PKPD pula kalini! Kalau bosan duduk rumah, jom main game yang kami cadangkan ini!

Alamak! PKPD pula kalini! Kalau bosan duduk rumah, jom main game yang kami cadangkan ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd