Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peraturan ketat “Platform X” memaksa pemaju menghadapi pelbagai rintangan untuk promosikan permainan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Mobile, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Peraturan ketat “Platform X” memaksa pemaju menghadapi pelbagai rintangan untuk promosikan permainan!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas bersama Neon Doctrine, Iain Garner, telah melancarkan kemarahannya di Twitter terhadap sebuah syarikat besar. Iain Garner tidak pernah secara eksplisit menyatakan nama syarikat tersebut dan sebaliknya merujuk syarikat ini sebagai  “Platform X”, yang merupakan “operator kepada konsol yang sangat berjaya dan tidak memiliki Game Pass”. Ramai yang menjangka dia sebenarnya bercakap mengenai PlayStation.

OK. I am mad enough to burn some bridges. Because honestly, what's the point of a bridge that I am not allowed to cross.

So here is a thread about Platform X. I will not be defining Platform X but it's the operator of a very successful console and does not have Games Pass! pic.twitter.com/OJ2ZJz9BNy

— Iain Garner (@NeonIain) June 30, 2021

Dalam posting di atas, Garner menyatakan bahawa Platform X memerlukan para pemaju untuk melalui pelbagai proses dan merayu bagi apa-apa promosi untuk permainan mereka. Beberapa proses ini termasuk membuat trailer khusus untuk Platform X, menulis catatan blog, dan menghantar borang untuk media sosial.

Sekiranya pihak pemaju tidak dapat menyelesaikan salah satu langkah yang tertera di atas, maka ada cara untuk menjamin bahawa permainan anda akan ditampilkan di platform mereka. Garner mendakwa bahawa pemaju harus membayar $25,000 manakala 30% dari pendapatan permainan akan diberi kepada Platform X.

Oh but don't worry. There is a way to guarantee you get featured! All you need to do is spend a VERY reasonable minimum of 25,000 USD to get featuring. Oh and then 30% of your subsequent earnings….

Bargain!

— Iain Garner (@NeonIain) June 30, 2021

Iain Garner juga menjelaskan betapa sukarnya bagi seorang pemaju indie untuk mengekalkan keseimbangan penjualan pada hari pelancaran dengan Platform X berbanding pelantar lain. Walaupun Xbox dan Steam sering membenarkan penjualan dan promosikan, proses Platform X amat berbeza di mana hanya mereka sahaja yang ada hak untuk menawarkan diskaun bagi permainan. Menurut Garner, tawaran ini juga “sangat terhad”.

Ini menimbulkan masalah apabila pelantar lain menawarkan potongan di luar tempoh pelancaran. Walaupun ada permainan yang lebih murah di pelantar lain, untuk mendapatkan potongan harga diskaun yang sama yang di Platform X nampaknya mustahil bagi pemaju indie. Ini bermaksud bahawa pengguna setia di Platform X kemungkinan besar akan selalu mendapat harga yang paling mahal.

So for any gamers who have wandered in here. Next time you're unhappy about your game never being discounted on Platform X or a game you want not launching on Platform X! Please go and complain to Platform X!

— Iain Garner (@NeonIain) June 30, 2021

Walau bagaimanapun, peraturan ketat ini tidak sepenuhnya unik untuk Platform X sahaja. Sumber kami yang berpengetahuan dalam perkara ini telah mengesahkan bahawa amalan yang sama biasa dilakukan di mana-mana kedai digital, termasuk pasaran mobile seperti Google Play dan Apple App Store. Perkara ini disahkan dalam pergaduhan antara Apple dan Epic Games Store tentang penghapusan Fortnite di kedai digital mereka.

Ini juga satu cara untuk menjaga ekosistem kerana apabila permainan baru memasuki pasaran, ia akan menimbulkan persaingan. Untuk mengelakkan persaingan yang tidak perlu, perkara ini diaplikasikan supaya syarikat yang membiayai perbelanjaan besar untuk permainan mereka kekal dalam posisi yang selamat.

Seterusnya, ramai pemaju indie juga kecewa kerana penjelasan yang diberi tentang aspek promosi dan diskaun tidak dijelaskan dengan betul. Beberapa syarikat besar seperti Sony, Google, dan Youtube melakukan perkara yang sama. Antara contoh yang saya boleh beri adalah apabila Youtube menutup halaman Youtube Wanuxi (rakan media kami) tanpa memberi sebab yang kukuh. Penjelasan penuh ada di SINI.

Garner mengakhiri posting ini dengan memberi mesej kepada para gamer. “Lain kali jika anda tidak gembira kerana permainan tidak pernah menerima diskaun di Platform X atau jika permainan itu tidak dilancarkan di Platform X, sila pergi mengadu ke Platform X.”

Sumber – Twitter@Iain Garner

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GamingIain GarnerindieKonsolPCpemaju permainanplatform permainanPlatform X
Previous Post

Kemaskini terbaru Q2 2021 Diablo IV bakal menampilkan ciri penyesuaian watak untuk nampak lagi gempak!

Next Post

Seni watak khas yang menampilkan kegemaran peminat RESIDENT EVIL: Infinite Darkness dikongsikan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Seni watak khas yang menampilkan kegemaran peminat RESIDENT EVIL: Infinite Darkness dikongsikan!

Seni watak khas yang menampilkan kegemaran peminat RESIDENT EVIL: Infinite Darkness dikongsikan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd