Square Enix akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk permainan JRPG mobile NieR Reincarnation yang akan keluar pada peranti iOS dan Android untuk pasaran global pada 28 Julai 2021! Asalnya diumumkan pada tahun lepas, ia menepati tarikh pelepasan Julai 2021 yang telah ditetapkan oleh pihak pemaju. Sempena itu, Square Enix juga mengeluarkan trailer baru dan info lanjut mengenai ganjaran bagi kempen pra-pendaftarannya.
NieR Reincarnation mengisahkan banyak watak tetapi terutamanya mengikuti perjalanan seorang gadis muda ketika dia menjelajahi sejenis tempat bernama The Cage dipandukan oleh entiti misteri bernama Mama di sisi. Di situ, dia dapat melihat memori orang lain. Sekutu-sekutu baru ini pula akan berjuang untuk memelihara kisah-kisah masa lalu dan cuba untuk melindungi memori ini dari dihancurkan.
Berikut adalah trailer terbaru untuk pelancaran NieR Reincarnation bagi pasaran global:
Ini pula adalah pengesahan rasmi bahawa semua peringkat pra-pendaftaran berjaya dicapai oleh permainan. Ini bermaksud semua orang yang memainkan versi global akan bermula dengan sejumlah mata wang untuk melakukan gacha, meningkatkan tahap watak dan meningkatkan tahap senjata.
We're excited to announce that all preregistration milestones have been achieved! To celebrate, we're adding more milestones. We can't thank you all enough for the support.
Preregister for NieR Re[in]carnation.https://t.co/5SmqizjcfQ #NieR #NieRReincarnation #NieRReinEN pic.twitter.com/QvuWOElrCQ
— NieR Re[in]carnation EN (@NieRReinEN) June 18, 2021
Sekali lagi saya ulang. Pra-pendaftaran NieR Reincarnation kini dibuka untuk peranti iOS dan Android manakala pelancaran global ditetapkan pada 28 Julai 2021. Ia kini tersedia di Jepun. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Square Enix

@gamersantaimy
Discussion about this post