Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Legasi Dragon Ball AF & bagaimana Toyotaro menjadi pengganti Akira Toriyama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Legasi Dragon Ball AF & bagaimana Toyotaro menjadi pengganti Akira Toriyama!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti mana yang kita tahu, dunia Dragon Ball memang besar. Namun, ada beberapa peminat sebenarnya masih tidak tahu mengenai Dragon Ball AF. Mereka juga tidak tahu bahawa manga Dragon Ball AF jugalah yang menemui Toyotaro, yang kemudian akan menjadi pelukis Dragon Ball Super dan juga pengganti Akira Toriyama. Mari kita belajar serba sedikit!

Untuk menjelaskan Dragon Ball AF, saya perlu cerita tentang Dragon Ball GT dahulu. Di penamat anime ini, ia akhirnya menyimpulkan kisah Goku ketika dia berubah menjadi kanak-kanak, tetapi berjaya kembali dewasa setelah membuka kuasa Super Saiyan 4. Pada tahun 1999 (dua tahun selepas berakhirnya siri Dragon Ball GT), sebuah kesinambungan baru nampaknya telah muncul.

Kesinambungan ini dinamakan sebagai Dragon Ball AF dan dianggap oleh ramai orang sebagai sekuel akan datang untuk siri Dragon Ball, di mana “AF” adalah singkatan dari “After The Future”. Malangnya, semua peminat tidak sedar bahawa Dragon Ball AF adalah tipuan dan tidak dilesenkan secara rasmi.Gambar pertama yang didedahkan tentang DB AF adalah “Super Saiyan 5”, di mana ramai mempercayai bahawa siri ini memfokuskan pada kaum Saiyan. Gambar tersebut dilukis oleh Tablos AF dan dikongsi melalui sebuah penerbitan di Sepanyol, lalu dikongsi dimuat naik di internet. Dengan cepat, ia menjadi viral.

Populariti Dragon Ball AF tersebar di seluruh dunia dan tanpa sengaja telah menghasilkan sejumlah “fan-made” manga oleh pelbagai artis. Setiap manga ini merupakan tafsiran sendiri oleh pelukis tersebut tentang bagaimana siri Dragon Ball mungkin bersambung setelah berakhirnya GT.

Selain itu, Dragon Ball AF juga bertanggungjawab untuk menemui artis semasa Dragon Ball Super! Artis itu bernama Toyotaro dan kini bekerja di manga Super tetapi sebenarnya bermula dengan membuat manga Dragon Ball AF sendiri. Dari sini, karya seninya mendapat perhatian daripada para pencipta di sebalik francais Dragon Ball Heroes dan dia dipanggil untuk membantu melukis manga untuk francais Super.

Toyotaro (2017) Sumber – いじてあふねめ

Dia diupah oleh Shueisha pada tahun 2012 dan memulakan kerjaya sebagai mangaka di bawah nama Toyotaro. Pada awal kerjaya, dia adalah pelukis Dragon Ball Heroes: Victory Mission sebelum beralih ke projek yang lebih penting. Seterusnya, dia membuat adaptasi manga untuk filem anime Dragon Ball Z: Resurrection ‘F’ (2015). Selepas kejayaan filem ini, Toyotaro melukis dua halaman pendek untuk manga Dragon Ball Super sebagai demonstrasi dan di sinilah permulaan Dragon Ball Super di mana pencipta asli Akira Toriyama pun memilih Toyotaro sebagai pengganti rasmi.

Poster Dragon Ball Super Movie: Broly oleh Toyotaro

Apa pendapat anda tentang Dragon Ball AF dan Toyotaro? Jika anda berminat untuk membaca semua manga Dragon Ball AF, laman Reddit menyediakan pautan untuk anda membaca setiap kisah unik bagi siri tersebut di SINI. Bagi segala liputan kami tentang francais Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Sumber – 1, 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon BallDragon Ball AFgokumangaSuper Saiyan 5
Previous Post

UNIQLO akan melancarkan koleksi UT sempena filem animasi Mamoru Hosoda!

Next Post

Banyak dalam Chains of Domination yang akan menarik pelbagai jenis pemain! – Temu ramah eksklusif Johnny Cash dan Frank Kowalkowski World of Warcraft!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Banyak dalam Chains of Domination yang akan menarik pelbagai jenis pemain! – Temu ramah eksklusif Johnny Cash dan Frank Kowalkowski World of Warcraft!

Banyak dalam Chains of Domination yang akan menarik pelbagai jenis pemain! - Temu ramah eksklusif Johnny Cash dan Frank Kowalkowski World of Warcraft!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd