Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alchemy Stars mendapat lebih 2 juta muat turun global dalam beberapa hari dilancarkan!

Temu bual bersama Tomori Kusunoki yang memegang watak suara Vice dalam Alchemy Stars

Amir Haziq by Amir Haziq
June 25, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Gatcha, Genre, iOS, JPRG, Mobile, Platform, Real time strategy
0 0
0
Alchemy Stars mendapat lebih 2 juta muat turun global dalam beberapa hari dilancarkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya dalam beberapa hari sahaja selepas pelancaran global, Alchemy Stars telah berjaya mencapai lebih dari 2 juta muat turun di seluruh dunia. Bagi meraikan kejayaan ini, Alchemy Stars ingin menyediakan beberapa hadiah menarik untuk semua pemain mereka!

Pelakon suara untuk salah satu watak utama Alchemy Stars, iaitu Vice yang disuarakan oleh Tomori Kusunoki sejak tahun 2017. Beliau telah memainkan banyak peranan dalam siri Anime berbeza seperti Sword Art Online, Love Live, dan juga beberapa lakonan suara untuk permainan video.

Dalam satu temubual bersama Tomori Kusunoki, beliau telah menyatakan tentang pandangannya mengenai Alchemy Stars dan watak Vice. Perkara menarik yang dibawanya ialah Vice mempunyai hubungan istimewa dengan protagonis utama dan disebabkan beberapa faktor, dia berjaya mengawal Soroz Colossus.

Bagi yang tidak tahu, Colossus adalah sebuah kenderaan besar yang dilengkapi dengan AI yang boleh mengawalnya, dan digunakan untuk pertempuran, pengangkutan serta penerbangan, tetapi hanya boleh dikawal oleh Caelestites sahaja. Ini mungkin menjadi persoalan utama buat pemain, kerana Vice ialah seorang Aurorian tetapi boleh mengawal Colossus. Adakah dia benar-benar seorang Auroria? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu mencuba bermain Alchemy Stars!

Vice ialah seorang wanita Aurorian berusia 17 tahun dan berasal dari ahli Illumina Federation. Dia mempunyai perwatakan yang lembut, berbakat, bijak dan pernah dijadikan contoh oleh Illumina Federation kerana kehebatannya, tetapi Vice hilang keyakinan diri setelah gagal dalam ujian. Kini Vice merupakan kapten kepada Illumina Expedition Team dan ingin membuktikan dirinya kepada persekutuan, dengan menjelajahi ruin terpencil berbahaya yang membawanya bertemu protagonis. Dalam penjelajahannya itu, dia secara beransur-ansur mengetahui penderitaan protagonis dan mendapati bahawa Aurorians sedang menghadapi ancaman besar, serta bergabung dengan protagonis dalam peperangan menentang Eclipsites.

Dunia Alchemy Stars bertempat di sebuah planet seperti Bumi yang dinamakan sebagai Auroria, dan ia mengalami perubahan orbit disebabkan perang dan ditarik ke arah bintang raksasa dikenali sebagai Sun. Di bawah sinaran matahari, hanya kawasan di sekitar senja yang mempunyai siklus diurnal dan iklim sederhana untuk makhluk Auroria hidup dan benua paling terkenal di planet adalah Central Mainland. Manakala Astra pula terletak di sebelah barat daratan dan merupakan benua paling kecil di planet Auroria.

Selain itu, kisah Alchemy Stars bermula apabila Vice dari Illumina Federation bertemu dengan protagonis utama semasa ekspedisinya dan kemudian telah menyebabkan Eclipsites menceroboh masuk. Pemain akan bermain sebagai protagonis utama yang terselamat dari insiden Caelestites beberapa tahun lalu, dan dibesarkan di Colossus yang tersembunyi di bawah tanah serta terasing dari dunia luar selama 17 tahun. Tugas pemain adalah untuk membawa Vice dan Aurorians yang lain ke medan pertempuran bagi menghalang kemasukan Eclipsites serta mengaktifkan Colossus supaya boleh melarikan diri dari ruin.

Semasa cubaan melarikan diri itu, protagonis telah menerima isyarat bahaya dari rakannya yang terselamat dan mengetahui mengenai Schummer, iaitu anggota Eclipse. Schummer didedahkan ingin mencari Battle Modules untuk mengubah Colossus, Aviduz serta ingin mengembalikan kekuatan asalnya.

Setelah mengetahui niat sebenar Schummer, dan merancang untuk mengarahkan Aviduz menyerang Lumopolis. Protagonis perlu bergerak pantas ke kota di langit tepat pada waktunya untuk melihat Schummer melancarkan serangannya.

Bagi yang masih belum mencuba game hebat ini, anda boleh terus ke AppStore dan Google Play di mobile untuk memuat turunnya sekarang! Pelbagai ganjaran dari pra-pendaftaran akan tersedia dan menanti para pemain semua! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Alchemy Stars, anda boleh ikuti media sosial mereka seperti Youtube, Twitter, Facebook, dan Instagram.

Tags: Alchemy StarsAndroidGachaiOSJRPGtencentTomori Kusunoki
Previous Post

Kemaskini Crossplay dan acara Revengence of Revenge of the Cartels kini bermula di Borderlands 3!

Next Post

Lima ANIME popular dengan musim finale yang TERUK!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Lima ANIME popular dengan musim finale yang TERUK!

Lima ANIME popular dengan musim finale yang TERUK!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd