Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TiMi Studio akan membuka cawangan baru di Amerika Utara untuk hasilkan game AAA IP baru

TiMi Seattle akan beroperasi bermula hujung tahun ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 24, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
TiMi Studio akan membuka cawangan baru di Amerika Utara untuk hasilkan game AAA IP baru
Share on FacebookShare on Twitter

TiMi Studio Group merupakan pasukan pembangun dan operasi permainan video global disebalik game terkenal seperti Call of Duty: Mobile, Honor of Kings dan Pokemon UNITE yang bakal tiba tidak lama lagi. Pasukan ini berada di bawah naungan syarikat game terbesar, iaitu Tencent Games telah mula beroperasi sejak tahun 2008 di Shenzhen, Cina. Hari ini, TiMi Studio mengumumkan bahawa mereka akan membuka sebuah pejabat baru di Amerika Utara dan diberi nama sebagai TiMi Seattle.

TiMi Seattle kini diketuai oleh dua orang veteran industri permainan video, iaitu Scott Warner bersama Rosi Zagorcheva dan mereka ditugaskan untuk membuat game berdasarkan perkhidmatan AAA baru bagi pelbagai platform. Pasukan ini telah berjaya mencipta kejayaan yang besar dan mempunyai 25 pekerja serta masih mencari lebih ramai calon yang berminat untuk bekerjasama dengan mereka.

Studio di Seattle dijadualkan beroperasi pada tahun ini, di Bellevue Wash., iaitu hub utama teknologi untuk daerah Pasifik Barat Laut. Lokasi ini bakal dilengkapi dengan makmal ujian game terkini, bagi memastikan pasukan mereka mendapat manfaat dari maklum balas pemain secara konsisten untuk meningkatkan mutu perkhidmatan TiMi Seattle.

Pengarah Antarabangsa TiMi, iaitu Vincent Gao menyatakan mereka ingin melangkaui jangkaan pemain game AAA hari ini, dengan menggunakan sumber serta bakat yang ada. Melalui kolaborasi dan akses ke sumber-sumber global TiMi, mereka yakin studio di Seattle dapat menghasilkan game konsol AAA terbaru untuk pemain global dari pelbagai platform.

Scott Warner telah berkhidmat bersama dengan TiMi sebagai pereka dan pengarah studio sejak Mei 2020, dan beliau kini sangat aktif merekrut bakat baru. Warner merupakan pereka game terkenal di dunia kerana mempunyai beberapa tajuk game besar seperti Battlefield dan Halo, serta terlibat dalam membantu beberapa game hebat lain.

Scott Warner juga menyatakan TiMi Seattle diberikan peluang untuk melakukan kebebasan kreatif dalam menghasilkan game baru dari sokongan studio besar. Beliau juga telah diberikan tawaran sama ada ingin membuat sekuel game sedia ada atau menghasilkan IP game baru berskala lebih kecil.

Selain itu, pembantu TiMi Seattle, iaitu Rosi Zagorcheva pernah bekerja dibawah EA sebagai ketua pembangun serta operasi di studio DICE LA. Profil hebat Zagorcheva sebelum ini membolehkan pasukan studio mereka bakal mendapat manfaat, melalui kebebasan kreativiti untuk menghasilkan game terbaik buat pemain di seluruh dunia.

Dengan perkembangan pasukan di Seattle ini, Zagorcheva akan mengekalkan model hibrid setelah studio dibuka nanti. TiMi Seattle masih mencari pelbagai jawatan seperti seni, reka bentuk, kejuruteraan dan produksi untuk melengkapkan pasukan mereka di Seattle.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: tencentTiMi SeattleTimi Studio Group
Previous Post

Temu ramah eksklusif: Inti pati Legend of Mana Remastered didedahkan bersama Masaru Oyamada!

Next Post

Sah! Devil May Cry: Peak of Combat bakal dilancarkan secara global untuk platform mobile!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sah! Devil May Cry: Peak of Combat bakal dilancarkan secara global untuk platform mobile!

Sah! Devil May Cry: Peak of Combat bakal dilancarkan secara global untuk platform mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd