Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix sedang dalam pembikinan siri animasi Final Fantasy IX

Amir Haziq by Amir Haziq
June 22, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Square Enix sedang dalam pembikinan siri animasi Final Fantasy IX
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, animasi studio dari Perancis telah membuat perjanjian bersama Square Enix untuk menghasilkan siri animasi Final Fantasy IX. Animasi ini diadaptasikan dari game Final Fantasy IX yang telah dilancarkan pada tahun 2000 untuk konsol PlayStation.

Projek siri animasi Final Fantasy IX masih lagi berada di peringkat awal pembikinan, dan pasukan studio yang bertanggungjawab dalam projek ini ialah Cyber Group Studios. Mereka sedang dalam proses permulaan kerangka serta akan bersiap sedia untuk melakukan sesi pitching idea pada Square Enix tidak lama lagi. Malah, siri ini masih belum mempunyai jumlah episod dan tidak mengumumkan tarikh pelancarannya, tetapi Cyber Group Studios telah menyatakan bahawa mereka akan memulakan produksi pada akhir 2021 atau awal 2022.

Menurut Kidscreen, Cyber Group Studios telah tertarik dengan populariti keseluruhan francais Final Fantasy, iaitu mereka berjaya menjual 154 juta salinan di seluruh dunia. Kejayaan ini menjadikan studio tersebut ingin menyahut cabaran untuk menghasilkan siri animasi Final Fantasy IX bagi meningkatkan lagi jenama Cyber Group Studios. Ketua Eksekutif studio, Pierre Sissmann menyatakan bahawa siri ini akan ditujukan kepada peminat dan juga pendatang baru untuk francais Final fantasy.

Selain itu, animasi Final Fantasy IX akan menerima visual realisme watak untuk watak mereka, dan juga menempatkan cerita ini dalam situasi yang lebih matang. Malah, reka bentuk watak kartun dalam animasi ini turut menampilkan Black Mage, yang merupakan watak ikonik game tersebut.

Jalan cerita untuk animasi Final Fantasy IX berkisahkan tentang Zidane Tribal, iaitu seorang pencuri yang diupah oleh kerajaan lain untuk menculik Princess Garnet. Garnet telah memujuk Zidane dan rakan-rakan untuk bersama dalam menghentikan ibunya, iaitu pemaisuri kepada kerajaan mereka yang ingin mencetuskan peperangan.

Animasi ini masih lagi dalam peringkat awal pembikinan dan tiada tarikh pelancaran diumumkan oleh Square Enix mahupun dari Cyber Group Studios. Jadi kita perlu tunggu untuk seketika bagi menantikan pengumuman perkembangan projek ini akan datang.

Sumber: KidScreen

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cyber Group StudiosFinal Fantasy IXsiri animasisquare enix
Previous Post

Remake atau permainan baru? Dead Space di lapor akan didedahkan di acara EA!

Next Post

Streamer Twitch Call of Duty: Warzone dirompak ketika bersiaran langsung permainan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Streamer Twitch Call of Duty: Warzone dirompak ketika bersiaran langsung permainan!

Streamer Twitch Call of Duty: Warzone dirompak ketika bersiaran langsung permainan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd