Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Genshin Impact dari Cina terkantoi dengan MiHoYo dan disaman sebanyak RM321 ribu!

Uncle Takashi telah membocorkan maklumat semasa melakukan ujian beta Genshin Impact

Amir Haziq by Amir Haziq
June 21, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Pemain Genshin Impact dari Cina terkantoi dengan MiHoYo dan disaman sebanyak RM321 ribu!
Share on FacebookShare on Twitter

Ini bukanlah kali pertama syarikat penerbitan game terkenal, iaitu MiHoYo memfailkan saman keatas pemain yang membocorkan maklumat mengenai Genshin Impact. Perkara ini semestinya perlu diambil tegas kerana sebagai penerbit, mereka perlu memastikan kerahsiaan projek terbaru mereka berada pada orang yang boleh dipercayai supaya tidak mengalami kerugiaan. Beberapa hari yang lalu, MiHoYo telah menyaman seorang pemuda dari Cina yang dikatakan telah membocor maklumat semasa ujian beta.

May be an image of text

Pemain yang mahu dikenali sebagai Uncle Takashi telah menerima surat saman berjumlah 500 ribu Yuan (anggaran RM321,109.85) yang dihantar oleh MiHoYo ke rumahnya. Uncle Takashi telah ditangkap kerana membocorkan maklumat gameplay terbaru Genshin Impact, selepas syarikat tersebut membuat pengecaman dari video dan imej yang dikongsikan olehnya. Pemain itu menyatakan Divine Sakura Tree itu dimilikinya semasa melakukan ujian, dan menerima Eula C6 di akaun game sebenar miliknya. Kenyataan itu saja sudah cukup untuk membuktikan Uncle Takashi bersalah, kerana melanggar perjanjian yang telah ditandatanganinya.

Uncle Takashi kini telah membayar saman sebanyak 100 ribu Yuan (anggaran RM64221.97) selepas dia menjual rumah orang tuanya di Shanghai. Pemain itu menyatakan dia hanya bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makanan segera, dan gaji yang diterima digunakan untuk menyara hidup serta membayar yuran pengajiannya.

Selepas kejadian ini, akaun game Genshin Impact milik Uncle Takashi telah diharamkan dan dia masih perlu membayar lagi 400 ribu Yuan (anggaran RM256887.88) pada MiHoYo. Peguam syarikat tersebut membenarkan Uncle Takashi untuk tidak dipenjarakan selagi dia membayar baki tuntutan saman. Namun, jika dia gagal melunaskan bayaran tersebut, maka dia akan memiliki rekod yang boleh menjejaskan pendidikan serta masa depannya.

Sebagai pemain yang telah menandatangani perjanjian sebelum melakukan ujian beta bersama sesebuah syarikat, pastikan anda membaca syarat yang telah diberikan, supaya ianya tidak membawa masalah pada masa akan datang. Perbuatan seperti ini mampu membawa kerugian kepada sebuah syarikat game kerana sikap tidak bertanggungjawab dari pemain mereka sendiri. Jadi, bagi yang ingin membaca segala liputan kami mengenai Genshin Impact, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Sumber: Tieba.Baidu

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactLeakermiHoYo
Previous Post

Kemaskini METRO EXODUS GEN 9 kini tiba!!

Next Post

[Pandangan Pertama] Ragnarok X: Next Generation grafik lebih moden dengan gameplay makin canggih

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Pandangan Pertama] Ragnarok X: Next Generation grafik lebih moden dengan gameplay makin canggih

[Pandangan Pertama] Ragnarok X: Next Generation grafik lebih moden dengan gameplay makin canggih

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd