Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Record of Ragnarok akan membuat debut di Netflix hari ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Netflix
0 0
0
Anime Record of Ragnarok akan membuat debut di Netflix hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah menunggu sekian lama, anime Record of Ragnarok di Netflix akhirnya akan keluar hari ini. Netflix kini menjadi platform bagi beberapa siri anime asli popular, termasuk Castlevania, Yasuke, Trese, dan lain-lain. Sekarang, mereka akan menambah Record of Ragnarok ke dalam senarai anime eksklusif.

Record of Ragnarok, atau nama jepun-nya, Shūmatsu no Walküre, adalah anime berdasarkan sebuah manga terkenal Jepun dengan nama yang sama. Ditulis oleh Shinya Umemura dan dilukis oleh Ajichika, Record of Ragnarok menampilkan pertempuran hebat antara Dewa dan manusia. Berikut adalah sinopsis:

“Setiap 1000 tahun, semua dewa berkumpul untuk menentukan nasib umat manusia. Setelah 7 juta tahun dalam sejarah manusia, para dewa membuat keputusan bahawa manusia tidak dapat dimaafkan dan harus dihapuskan.

Namun, valkyrie Brunhild mengusulkan untuk memberi manusia satu peluang terakhir bagi membuktikan nilai mereka dan para dewa bersetuju untuk mengadakan pertarungan Ragnarok, sebuah kejohanan di mana 13 manusia terkenal dari seluruh sejarah menentang 13 dewa paling kuat yang hingga mati. Kemanusiaan akan terselamat jika pasukan mereka memperoleh kemenangan dalam pertandingan ini.

Bahkan, setiap manusia juga diberikan bantuan oleh valkyrie yang boleh berubah menjadi senjata kuat serta diubahsuai untuk menepati gaya pertempuran pengguna, dengan risiko kematian jika pengguna itu pun terbunuh.”

Itulah plot utama untuk kisah Record of Ragnarok. Untuk melihat visual bagi setiap watak, anda boleh rujuk balik kepada artikel lama kami di sini dan sini. Jika anda merupakan peminat kepada anime bergenre aksi, pastikan diri menonton musim pertama sebaik sahaja ia dilancarkan secara rasmi.

Musim pertama anime Record of Ragnarok akan keluar pada hari ini, 17 Jun 2021 dan harap maklum, anime ini akan tersedia secara eksklusif di Netflix. Oleh itu, jangan lupa untuk membuat langganan Netflix terlebih dahulu jika anda ingin menonton. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Netflix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasianimemanganetflixRecord of Ragnarok
Previous Post

Kenali lebih Cerita, watak dan gameplay Shin Megami Tensei V dalam pendedahan terbaru!

Next Post

Godzilla Battle Line kini tersedia bersama visual baru kolaborasi Anime “Godzilla Singular Point”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Godzilla Battle Line kini tersedia bersama visual baru kolaborasi Anime “Godzilla Singular Point”!

Godzilla Battle Line kini tersedia bersama visual baru kolaborasi Anime "Godzilla Singular Point"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd