Di acara E3 2021 pagi tadi, Super Robot Wars 30 telah diumumkan sempena ulang tahun ke-30 siri RPG strategi crossover anime mecha tersebut. Bandai Namco telah membuka laman web rasmi untuk permainan, dan mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, PlayStation 4 dan PC melalui Steam. Lebih banyak info akan dijelaskan termasuk senarai lengkap untuk watak di siaran langsung istimewa pada 11 Julai.
Bagi mereka yang tidak tahu, Super Robot Wars 30 adalah permainan “turn-based combat” di mana pemain mengawal juruterbang dan mecha di medan perang berasaskan grid. Jalan cerita adalah sepenuhnya asli, tetapi trailer di atas tidak mendedahkan banyak butiran pening. Salah satu tarikan yang membuatkan sir ini popular ialah pelbagai watak dari pelbagai siri akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Sebagai contoh, kita boleh melihat Lancelot KMF bertarung di samping Gundam RX-78-2.
Berdasarkan watak dan mecha yang muncul dalam trailer, berikut adalah senarai tentatif watak yang muncul dalam Super Robot Wars 30:
- Super Electromagnetic Robot Combattler V (Hyoma Aoi)
- Mazinger Z: Infinity (Koji Kabuto)
- Mobile Suit Zeta Gundam Gundam (Kamille Bidan)
- Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack (Amuro Ray)
- Getter Robo Armageddon (Ryoma Nagare)
- King of Braves GaoGaiGar Final (Guy Shishioh)
- Code Geass: Lelouch of the Re;surrection (Suzaku Kururugi)
Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.
Sumber – Bandai Namco
@gamersantaimy
Discussion about this post