The Medium membawa genre seram psikologi yang dibangun oleh Bloober Team sebagai game eksklusif untuk Xbox Series X|S dan PC pada bulan Januari yang lalu. Tetapi hari ini, pembangun telah mengumumkan bahawa ia akan dilancarkan ke platform PlayStation 5 pada 3 September bersama sokongan penuh untuk controller DualSense. Pengumuman ini juga bakal menjadikan game ini tersedia dalam bentuk fizikal buat pertama kali untuk Xbox X|S dan PS5.
Bloober Team telah mengesahkan bahawa The Medium akan tersedia untuk PS5 dengan sokongan penuh DualSense, seperti memberi frekuensi getaran yang berbeza dari haptic feedback DualSense, adaptive trigger untuk meniru sensasi berinteraksi dengan pelbagai objek dan melakukan perlakuan yang berbeza. Sebelum ini, beberapa game lain seperti Final Fantasy 7 Remake: Intergrade hanya menampilkan separuh sahaja sokongan dari DualSense. Jadi, kita boleh jangkakan bahawa The Medium telah dibangunkan dengan lebih terperinci kerana mendapat sokongan adaptive trigger dan haptic feedback DualSense.
The Medium merupakan game seram psikologi yang dimainkan secara perspektif third-person sebagai Marianne, iaitu seorang medium yang boleh memasuki ke alam roh. Disebabkan Marianne boleh menghuni dunia manusia dan dunia roh, jadi dia ditugaskan untuk menyelesaikan teka-teki. Dengan menggunakan kebolehan psikik Marianne, anda perlu melawan musuh yang kuat dan berinteraksi bersama pusat tenaga yang dipanggil Spirit Wells.
Peminat genre horror-psycho boleh la mencuba peningkatan baru yang bakal tersedia dalam The Medium menggunakan PS5 nanti. Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post