Satu lagi koleksi baru untuk Nintendo Switch telah diumumkan semasa acara Nintendo E3 2021 hari ini iaitu Danganronpa Decadence. Koleksi ini merupakan sebuah remastered dan menggabungkan tiga permainan Danganronpa yang masih mengekalkan formula permainan asli. Ia juga mengubah sebuah mini game dari salah satu permainan itu kepada permainannya sendiri.
Seperti yang saya kata di atas, Danganronpa Decadence menggabungkan tiga permainan menjadi satu koleksi iaitu Danganronpa, Danganronpa 2, dan Danganronpa v3. Walaupun ada beberapa spin-off Danganronpa yang lebih berorientasikan aksi, ketiga-tiga permainan ini mengikuti sistem gameplay Danganronpa yang asli.
Pemain akan mengawal seorang pelajar yang terperangkap bersama beberapa pelajar lain di suatu lokasi misteri oleh si beruang gila Monokuma. Pelajar tersebut boleh melarikan diri dengan membunuh antara satu sama lain, tetapi setiap kali ada pembunuhan, pemain mesti mengambil bahagian dalam perbicaraan di mana mereka membongkarkan siapa yang bersalah. Dengan cara ini, pemain dapat sekali lagi mengalami ujian Danganronpa. Selain itu, permainan papan dari Danganronpa v3 telah diperluaskan kepada sebuah permainan sendiri bernama Danganronpa S: Ultimate Summer Camp.
Pengguna akan dapat membuat pra-pesanan untuk Collector’s Edition Danganronpa Decadence tidak lama lagi. Edisi khas ini akan disertakan dengan barangan fizikal seperti gambar berikut:
Danganronpa Decadence akan dilancarkan pada akhir tahun ini untuk Nintendo Switch. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.
Sumber – Nintendo
@gamersantaimy
Discussion about this post