Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC terakhir untuk Dragon Ball Z: Kakarot rasmi dilancarkan hari ini!

DLC Trunks - The Warrior of Hope menampilkan perjuangan Gohan dan Trunks menentang Android

Amir Haziq by Amir Haziq
June 11, 2021
in Artikel, Berita, DLC, Genre, PC, Platform, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
DLC terakhir untuk Dragon Ball Z: Kakarot rasmi dilancarkan hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lebih dari setahun sejak pelancaran Dragon Ball Z: Kakarot pada Januari 2020, tetapi peminat yang setia menunggu akhirnya mendapat kandungan baru! DLC ke-3 dan terakhir ini bertajuk Trunks – The Warrior of Hope dilancarkan hari ini! DLC ini menampilkan perjuangan Gohan dan Trunks dalam menentang Android selepas Goku serta Z Warriors lain telah terbunuh.

Minggu lalu kita telah dikongsikan dengan pratonton gameplay DLC Trunks – The Warrior of Hope, tetapi trailer baru yang dikongsikan kali ini memberi gambaran keseluruhan terbaik mengenai apa yang ada dalam kandungan DLC. Kita dilihatkan dengan adegan Goku yang sudah mati pada ketika itu, jadi anda akan melihat lebih banyak aksi dari Trunks dan Gohan sepanjang DLC ini.

https://twitter.com/DBgamesEU/status/1402994957049155592?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1402994957049155592%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fcomicbook.com%2Fgaming%2Fnews%2Fdragon-ball-z-kakarot-launch-trailer-trunks-dlc%2F

Menurut ketua produser untuk Dragon Ball Z: Kakarot, Ryosuke Hara, menyatakan bahawa beliau telah memberikan beberapa perincian terakhir untuk kandungan DLC terakhir ini. Hara juga menyatakan DLC ini akan terdiri daripada beberapa kandungan yang hampir sama dengan arc lain seperti dimainkan dalam jalan cerita utama game.

Selain itu, kebanyakan pertarungan di Dragon Ball Z: Kakarot sangat mudah, dan hanya menugaskan pemain untuk menewaskan musuh. Tetapi DLC kali ini akan mempunyai beberapa gaya pertarungan berbeza, seperti Drone Red Ribbon Army akan memusnahkan Orange City dan beberapa kawasan lain serta memberi amaran kepada Android 17 dan Android 18. Namun, Android tidak dapat dikalahkan semudah itu sahaja, tetapi anda harus menyelesaikan beberapa tugas dalam pertarungan untuk lari menyelamatkan diri.

Peminat Dragon Ball pastinya akan menerima kejutan dengan penemuan baru yang terdapat dalam DLC Trunks – The Warrior of Hope. Anda juga akan mendapatkan kebolehan dari main quest selepas menyiapkan DLC sebagai insentif bermain arc ini.

DLC ke-3 dan terakhir Dragon Ball Z: Kakarot kini telah dilancarkan serta boleh didapatkan di PC, PS4, dan Xbox One. Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

PC
PS4
Dragon Ball Z: Kakarot
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG Dragon Ball yang bermula dari awal permulaan manga/ anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.  
Tags: DLCDragon Ball Z: KakarotTrunks: The Warrior of Hope
Previous Post

Yang dinantikan di Geeked Week! Inilah dia senarai anime/ animasi akan datang ke Netflix!

Next Post

Deviation Games akan bekerjasama dengan PlayStation untuk IP terbaru!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Deviation Games akan bekerjasama dengan PlayStation untuk IP terbaru!

Deviation Games akan bekerjasama dengan PlayStation untuk IP terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd