Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Edens Zero & Shaman King akan membuat debut Netflix pada Ogos 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Netflix
0 0
0
Anime Edens Zero & Shaman King akan membuat debut Netflix pada Ogos 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Usaha Netflix untuk meluaskan barisan anime masih berterusan. Di acara Netflix Geeked Week, mereka telah mengumumkan info baru untuk beberapa anime menarik termasuk Edens Zero dan Shaman King. Pada masa yang sama, mereka juga mendedahkan trailer baru bersama dengan tarikh pelancaran rasmi untuk peminat yang tidak sabar melihat kisah Shiki dan Yoh Asakura!

Edens Zero adalah salah satu siri anime yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, dan bermula 26 Ogos, peminat akhirnya berpeluang untuk melihat dunia adaptasi animasi yang diciptakan oleh Hiro Mashima. Dicipta oleh mangaka sama yang bertanggungjawab untuk Fairy Tail, anda boleh lihat trailer rasmi di bawah dan sinopsis rasmi:

“Pada tahun X492, dalam zaman di mana orang bebas merantau alam semesta. Rebecca, seorang B-Cuber yang suka membuat video, mengunjungi dunia robotik Granbell dan bertemu dengan seorang pemuda dengan kekuatan khas: Shiki, yang menghabiskan seluruh hidupnya bersama mesin. Kemudian, Shiki akan menjelajah kosmos dengan Rebecca, menemui tempat, orang dan benda baru, dan membuat kawan di sepanjang jalan. Sertailah pengembaraan ini bermula tahun 2021 di Netflix.”

Shaman King pula adalah salah satu nama besar bagi peminat yang inginkan nostalgia. Sekarang, Netflix telah mengesahkan tarikh sebenar untuk  anime reboot Shaman King di pelantar mereka. Anime ini akan disiarkan secara langsung pada 9 Ogos. Anda boleh melihat trailer baru dan membaca sinopsis rasmi di bawah:

“Sebuah pertarungan akan bermula di Tokyo. Dinamakan Shaman Fight, ia adalah pertandingan yang diadakan setiap 500 tahun di mana Shaman- individu yang boleh mengawal roh – akan bertarung. Pemenang pertandingan ini akan menjadi Shaman King dan merupakan satu-satunya individu yang mampu menghubungi dan mengawal Great Spirit. Ini membolehkan individu tersebut untuk membentuk semula dunia mengikut kehendak dia melalui kuasa Great Spirit.”

“Semasa berjalan pada waktu malam, Manta Oyamada bertemu dengan rakan sekelasnya, Yoh Asakura, yang mengajaknya melihat bintang dengan beberapa rakan lain. Manta terkejut apabila melihat yang rakan-rakan itu sebenarnya adalah hantu! Manta mempunyai “sixth sense” di mana dia boleh melihat roh-roh ini lalu terpikat dengan Yoh. Oleh itu, apabila Yoh mengetahui bahawa Manta telah dipukul oleh gengster tempatan, dia memilih untuk membalas dendam dengan bantuan seorang hantu samurai, Amidamaru!”

Selain dari Edens Zero dan Shaman King, Netflix juga mendedahkan Mobile Suit Gundam: Hathaway’s Flash dan Godzilla: Singular Point akan masuk ke barisan anime mereka. Anda boleh baca liputan penuh tentang berita Netflix di pautan ini.

Sumber – 1, 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEdens ZeronetflixNetflix Geeked WeekShaman King
Previous Post

Netflix telah mendedahkan trailer pembukaan yang baru Resident Evil: Infinite Darkness

Next Post

Yang dinantikan di Geeked Week! Inilah dia senarai anime/ animasi akan datang ke Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Yang dinantikan di Geeked Week! Inilah dia senarai anime/ animasi akan datang ke Netflix!

Yang dinantikan di Geeked Week! Inilah dia senarai anime/ animasi akan datang ke Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd