Ramai yang bercakap tentang Elden Ring ketika ia didedahkan pada sidang media Xbox E3 2019, di mana banyak peminat teruja untuk melihat kolaborasi antara pemaju Dark Souls – Hidetaka Miyazaki dan pengarang Game of Thrones – George R.R. Martin. Sayangnya, Elden Ring mendiamkan diri untuk tempoh masa yang sangat lama, tanpa apa-apa maklumat baru selama hampir dua tahun. Namun, di acara Summer Game Fest hari ini, peminat akhirnya dapat menonton trailer gameplay pertama Elden Ring!
Trailer gameplay Elden Ring menunjukkan beberapa adegan yang luar biasa, di mana watak dapat menyeru kuda dan berperang dengan pelbagai jenis raksasa yang mengerikan. Konsep open world di Elden Ring telah dipamerkan sepenuhnya, dan menunjukkan mekanik yang jauh lebih terbuka berbanding siri Dark Souls. Satu mekanik biasa adalah pemain akan memiliki kemampuan untuk menghasilkan watak mereka sendiri.
Nasib baik kita tidak perlu tunggu terlalu lama untuk bermain Elden Ring! Dalam trailer gameplay di atas, ia juga mengesahkan tarikh pelancaran permainan. Secara rasminya, Elden Ring akan keluar pada 21 Januari 2022 untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X! Untuk liputan lebih lanjut mengenai semua berita terkini di Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.
Sumber – Bandai Namco
@gamersantaimy
Discussion about this post