Frontier Developments telah mengumumkan sekuel yang sangat dinanti-nantikan, Jurassic World Evolution 2, untuk PC dan konsol! Bagi mereka yang tidak tahu, permainan ini adalah sebuah “management simulator” di mana kita harus menjaga dinosaur dari francais Jurassic World. Sekuel ini memperkenalkan kempen naratif, ciri-ciri baru, dan dinosaur baru dengan cara pembinaan yang lebih maju dan lebih banyak pilihan penyesuaian!
Jurassic World Evolution 2 akan dilancarkan di PC (melalui Steam), Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4, dan PlayStation 5 pada tahun 2021. Berikut adalah trailer baru:
Di sini ialah ciri-ciri utama dalam permainan:
Naratif Jurassic Asli – Alami kisah Jurassic World yang menarik dan asli setelah peristiwa di Bumi Jurassic World: Fallen Kingdom. Kawal, memelihara dan jaga pelbagai jenis dinosaur semasa anda bekerja bersama beberapa watak ikonik dari filem, termasuk Dr. Ian Malcolm (Jeff Goldblum), Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) dan Dr. Henry Wu (BD Wong).
Cipta Jurassic World sendiri – Guna alat pengurusan dan pilihan kreatif yang lebih mendalam. Bina dan ubahsuai sejumlah bangunan baru serta kembangkan pengaruh anda di lokasi yang tidak pernah dilihat seperti hutan, padang pasir, dan lain-lain. Selamatkan dan jag lebih daripada 75 spesies prasejarah, termasuk reptilia terbang/laut dan saksikan mereka berinteraksi dengan alam sekitar.
Cuba Chaos Theory – Mod Chaos Theory membolehkan anda mengulang semula detik-detik penting di filem kegemaran anda – dengan sedikit perubahan unik. Alami senario “what-if” dari filem Jurassic World dan Jurassic Park. Bayangkan diri di dalam francais Jurassic World dan lihat bagaimana situasi menjadi kenyataan apabila anda cuba menyelesaikan cabaran baru dengan penamat yang tidak dapat diramalkan.
Jurassic World Evolution 2 akan tersedia melalui PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, dan Xbox Series S. Untuk liputan lebih lanjut mengenai semua berita terkini di Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.
Sumber – Steam
@gamersantaimy
Discussion about this post