Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

R6 Quarantine secara rasmi dinamakan semula sebagai Rainbow Six Extraction!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
R6 Quarantine secara rasmi dinamakan semula sebagai Rainbow Six Extraction!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft sudah lama memberitahu peminat bahawa Rainbow Six Quarantine bukanlah nama rasmi untuk permainan dan akan menerima perubahan pada masa depan. Sebagai permainan “co-op shooter“ terbaru dalam dunia Rainbow Six, ramai menjangkakan nama rasmi ini akan diperkenalkan di acara Ubisoft Forward. Siapa sangka mereka akan mendedahkan nama baru itu lebih awal. Rainbow Six Extraction secara rasmi akan dinamakan sebagai Rainbow Six Extraction bermula sekarang.

Ubisoft mengumumkan perubahan nama ini dalam video pendek yang dimuat naik ke Youtube. Menampilkan anggota pasukan pembangunan yang mengerjakan projek tersebut, mereka membincangkan banyak topik tentang permainan ini dan apa yang peminat boleh harapkan setelah ia siap. Secara khusus, ia dikatakan bahawa Extraction telah berkembang dengan maju sejak beberapa tahun kebelakangan ini setelah pertama kali diumumkan pada E3 2019. Ini merupakan sebab utama mengapa mereka tidak mendedahkan lebih banyak tentang permainan kepada peminat kerana perubahan struktur.

Bercakap lebih lanjut mengenai gameplay Rainbow Six Extraction, Ubisoft menjelaskan bahawa ia adalah berdasarkan asas dan formula dari Rainbow Six Siege. Permainan ini akan menampilkan banyak Operator yang sama dari Siege yang harus bekerjasama untuk menewaskan musuh. Buat masa ini, musuh itu hanya dilabel sebagai parasit makhluk asing oleh Ubisoft.

Walaupun masih banyak yang kita tidak tahu tentang Rainbow Six Extraction, kemungkinan besar peminat akan mendapat pandangan pertama di acara Ubisoft Forward. Walaupun Ubisoft belum mengesahkannya, kami mungkin juga akan mendapat tarikh pelepasan rasmi pada masa yang sama.

Sumber – Ubisoft

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Rainbow Six ExtractionRainbow Six QuarantineShooterubisoftUbisoft Forward
Previous Post

UNIQLO akan melancarkan koleksi kolaborasi UT kedua dengan JUJUTSU KAISEN pada akhir bulan Ogos

Next Post

BUGGATI weh! Black Desert melancarkan kolaborasi Black Desert X BUGATTI!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
BUGGATI weh! Black Desert melancarkan kolaborasi Black Desert X BUGATTI!

BUGGATI weh! Black Desert melancarkan kolaborasi Black Desert X BUGATTI!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd