Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game strategy Frostpunk kini percuma di Epic Games Store!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Game strategy Frostpunk kini percuma di Epic Games Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mereka yang tidak tahu apa lagi untuk cuba semasa tempoh PKP ini, korang boleh cuba permainan strategi Frostpunk yang kini percuma di Epic Games Store! Tersedia bermula hari ini, pemain dapat menebus permainan tanpa membayar satu sen pun sehingga 10 Jun. Bagi mereka yang tidak tahu tentang permainan percuma di Epic Games Store yang bertukar-tukar pada setiap minggu, permainan tersebut perlu ditebus pada tarikh tertentu. Walaupun masih sibuk bermain permainan lain, anda tetap boleh menuntut permainan ini dan mencubanya apabila anda ada masa lapang. Ini adalah tawaran yang bagus untuk para gamer di seluruh dunia, dan boleh membantu pemain menemui permainan baru!

Epic Games Store mengumumkan permainan percuma terbarunya dalam trailer pendek di bawah yang dikongsi ke halaman Twitter:

When you build a city on fire, sooner or later, it will turn into ashes.

What will you do to preserve the last city on Earth? Who will you become in the process?

The Vault has opened, and Frostpunk is FREE to claim until June 10 ❄️ pic.twitter.com/ffXExViJrs

— Epic Games Store (@EpicGames) June 3, 2021

Dikeluarkan pada tahun 2018, Frostpunk adalah permainan “strategy/city builder” yang  berlangsung dalam dunia pasca-apokaliptik. Pemain ditugaskan untuk membina bandar terakhir di Bumi, dan memastikan rakyatnya bertahan hidup dan berkembang maju. Permainan ini mempunyai pelbagai mod, yang menawarkan pengalaman berbeza berdasarkan gaya pemain. Mod “Endurance” menawarkan cabaran yang sukar, manakala mod “Serenity” adalah pengalaman yang lebih santai. Terdapat juga beberapa peta dengan rintangan dan corak cuaca yang berbeza untuk pemain hadapi. Untuk mereka yang suka permainan dengan unsur “replayability” yang tinggi, saya akan cadangkan permainan ini.

Malangnya, Epic Games Store belum mendedahkan permainan apa yang akan ditawarkan pada minggu depan. Kadang kala, mereka akan memberi teaser mengenai apa yang akan diberikan secara percuma pada minggu berikutnya. Ini dilakukan supaya dapat mengelakkan pengguna membuat pembelian sia-sia sebelum permainan tersebut ditawarkan secara percuma. Buat masa ini, pengguna Epic Games Store hanya perlu menunggu untuk melihat apa yang akan keluar seterusnya!

Sekali lagi saya ingatkan, Frostpunk kini percuma di Epic Games Store. Jangan lupa tebus ya alang-alang ia masih percuma. Permainan apa yang anda ingin dijadikan percuma selepas ini? Jom kongsikan pendapat dalam ruang komen di bawah!

Sumber – Epic Games Store

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeFreefrostpunkPercuma
Previous Post

Babylon’s Fall di Square Enix Presents Summer 2021 yang akan datang 13 Jun ini!

Next Post

Headshot! Sniper Elite VR akan dilancarkan di PSVR & Steam VR 8 Julai ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Headshot! Sniper Elite VR akan dilancarkan di PSVR & Steam VR 8 Julai ini!

Headshot! Sniper Elite VR akan dilancarkan di PSVR & Steam VR 8 Julai ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd