Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Version 1.6 akan dilancarkan 9 Jun! Bersedia untuk musim panas di Teyvat

Amir Haziq by Amir Haziq
May 31, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Gatcha, Genre, iOS, Mobile, Open World, PC, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Genshin Impact Version 1.6 akan dilancarkan 9 Jun! Bersedia untuk musim panas di Teyvat
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun dan penerbit permainan video, miHoYo hari ini mengumumkan bahawa kemaskini Genshin Impact version 1.6, Midsummer Island Adventure, akan dilancarkan bermula 9 Jun 2021 untuk platform PC, Android, iOS, PlayStation 5 dan PlayStation 4. Buat pertama kalinya, game ini akan memperkenalkan outfit ganti serta watak baru yang boleh dimainkan dari Inazuma. Teyvat akan memasuki musim panas, Traveler juga akan menyertai Klee serta beberapa watak lain dalam pengembaraan yang menyeronokkan di tepi laut.

Genshin Impact merupakan game free-to-play-open world action RPG yang membawa pemain ke dunia Teyvat sebagai Traveler, dan akan mengembara untuk mencari saudara mereka yang hilang serta merungkai rahsia Tevyat. Pemain boleh menjelajahi Mondstadt dan Liyue Harbor, dua lokasi dari tujuh kota besar Teyvat yang mempunyai budaya dan cerita tersendiri serta pemandangan sekitar yang menakjubkan. Ia juga mengandungi pelbagai jenis makhluk, raksasa, rahsia dan harta karun tersorok untuk diterokai. Untuk kemaskini version 1.6 yang akan dilancarkan nanti, anda akan mendapat kawasan, cerita, karakter dan acara musim baru dalam Genshin Impact.

Dalam version 1.6 yang akan datang, perjalanan ceritanya bermula apabila Klee menerima surat misteri dari “Dodo-King“ yang mengancam untuk merampas Dodoco darinya. Untuk membantu Klee dan Dodoco, Traveler akan berlayar dengan kapal “Waverider“ dan menjelajah ke pulau-pulau terpencil yang terletak di sebuah kawasan lautan untuk mencari “Dodoland“. Semasa pencarian tersebut, pemain akan diuji dengan beberapa cabaran, seperti pertarungan sengit dengan Maguu Kenki. Lawan baru ini boleh menyeru hantu, menangani damage dari Anemo dan Cryo, serta hanya dapat dikalahkan melalui pertempuran jarak dekat. Apabila cabaran ini selesai, pemain akan menerima ganjaran acara untuk menebus barangan menarik dan Dodoco Tales 4-star di Event Shop.

Selain itu, pemain dapat mengenakan dua pakaian tema musim panas untuk Jean dan Barbara. Jean akan menerima outfit “Sea Breeze Dandelion” yang akan tersedia di Shop dengan tawaran dalam masa yang terhad. Manakala Barbara akan menerima outfit “Summertime Sparkle” yang boleh dituntut dengan melengkapkan syarat-syarat dalam acara Echoing Tales.

Dalam kemaskini version 1.6 ini juga, Kaedehara Kazuha akan membuat debutnya sebagai watak playable pertama dari Inazuma. Kazuha adalah watak 5-star yang memiliki kuasa Anemo dan pedang, serta dapat memberikan kawalan yang kuat kepada pasukan anda. Elemental Skill dan Elemental Burst Kazuha bukan sahaja dapat menangani damage Anemo dan mengawal musuh dengan berkesan, malah mampu menangkis damage elemental tambahan jika mereka membuat serangan Hydro, Pyro, Cryo atau Electro padanya. Dalam masa yang sama juga, dengan melakukan Swirl, Kazuha dapat memberikan buff kepada pasukannya dengan Elemental Damage Bonus untuk Elemental yang sesuai.

Di samping itu, Kazuha akan muncul dalam Archon Quest yang baru dengan mengembara bersama Beidou dan Crux Fleet yang akan memberi petunjuk ke jalan Inazuma yang ditutup. Di situ, akan ada lebih banyak seni konsep tentang Inazuma, dan kawasan sekitarnya.

Bagi meningkatkan lagi prestasi gameplay, beberapa ciri baru dan pengoptimuman baru ditambah dalam version 1.6 ini, seperti ciri baru untuk Serenitea Pot untuk membolehkan pemain mengundang watak yang mereka miliki tinggal bersama di alam mereka. Karakter dalam game ini akan mengumpulkan Character Companionship Experience dan kadar kenaikan ini akan mempengaruhi dari Adeptal Energy Rank.

Genshin Impact kini boleh dimuat turun secara percuma dan untuk mengetahui maklumat lanjut serta perkembangan baru tentang game ini, boleh layari laman rasmi mereka. Bagi yang berminat untuk membaca liputan kami mengenai Genshin Impact juga, tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactmiHoYoSummerTime SparkleVersion 1.6
Previous Post

Gameplay Murata Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles didedahkan!

Next Post

Siri live-action Temple Run dalam pembikinan oleh pihak produksi American Ninja Warrior!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Siri live-action Temple Run dalam pembikinan oleh pihak produksi American Ninja Warrior!

Siri live-action Temple Run dalam pembikinan oleh pihak produksi American Ninja Warrior!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd