Dengan pertarungan terakhir MPL Musim 7 melihatkan RSG MY dan Todak, bersama kemasukan pemain baru, siapa sangka, potensi RSG Malaysia makin padu dan berjaya menjadi juara! Diwakili Rush – Support, Kaizer- Offlane, Leixia – Core / Jungler, Logan – Support, Lolealz- Flex, Syno- Offlane dan Zaraki- Tank. Pusingan akhir menyaksikan perlawanan yang sengit antara RSG MY menentang TODAK yang telah dimainkan dalam format ‘best-of-seven’ dimana RSG MY telah menewaskan TODAK dengan jumlah mata 4-2. Sebagai juara MPL MY Musim 7, RSG MY membawa pulang USD 25,000 (anggaran RM104 ribu) . Bukan setakat pasukan RSG MY yang memenangi kejuaraan ini, Play-off MVP Grand Final juga menampilkan Lolealz sebagai pemenang dan membawa hadiah bekalan McDonald’s selama setahun!
“Kami sangat teruja, dan bersyukur dengan kejayaan ini. Ini adalah satu detik yang bermakna buat kami. Sepanjang MPL Malaysia Musim 7 ini, kami telah bekerja keras. Segala titik peluh dan pengorbanan kami sebagai pemain e-sukan kini berhasil. Kami berterima kasih kepada peminat dan kesemua penyokong kami kerana mempercayai dan membantu kami untuk sampai ke tahap ini, dan kami harap dapat bermain dengan baik di Mobile Legends: bakal tiba nanti.”
-Rush from RSG MY
Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY Musim ke-7 adalah liga esports utama untuk Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia. Separuh pertama liga dijalankan secara online yang merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga, di mana acara Playoff akan berlangsung secara offline yang melibatkan 8 pasukan terakhir. Baki pasukan tersebut akan bertarung untuk merebut ganjaran dari kumpulan hadiah bernilai USD $100,000.
Bermain tanpa sebarang perasaan gemuruh memang aneh kerana pasti semua pemain akan merasainya, lagi-lagi dalam pertempuran yang sangat menggemparkan sebentar tadi.
“Semasa kami dijatuhkan dengan 2-0, itu adalah kerana kami masih belum membaca gameplay mereka pada awalnya. Sehingga masuk ke game ke-3, corak gameplay Todak dapat difahami, dan disitulah pasukan kami cuba untuk “counter” untuk gameplay dan comeback”.
Bila ditanya pasukan dan pemain mana yang menjadi pencabar utama pada RSG Malaysia, mereka menyatakan Todak merupakanya kerana mereka mempunyai unique pick dan mereka lah lawan paling susah untuk pasukan mereka. Manakala untuk pemain pula 4Meyz dari Todak disebabkan sukar untuk dijangka apa role yang akan digunakannya pada setiap pusingan. “Dia boleh main semua role, Jungle boleh offlane boleh, dan semuanya perform”.
“Kami juga tidak sabar untuk berjumpa dengan EVOS Indonesia di MSC 2021 nanti. Teringin untuk lihat permainan bersama mereka!”
“Cabaran terbesar untuk musim ini lagi-lagi dengan keadaan pandemik COVID-19, memang banyak cabarannya lagi-lagi dengan membawa pemain dari Sabah ke sini. Hingga menukar pemain untuk mengubah corak permainan, ini semua menjadi cabaran besar kepada kami.”
Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican dijemput sebagai tetamu undangan khas untuk memberi sepatah dua kata melalui ucapan video. “Saya amat bangga dengan pencapaian RSG MY kerana telah menjadi juara MPL Malaysia” kata YB Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican.
“Kejohanan seperti ini adalah platform terbaik bagi pemain baru atau yang berpelangaman menunjukkan bakat untuk berjaya dalam e-sukan.”
MPL merupakan liga utama dan rasmi Mobile Legends: Bang Bang, bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda khususnya belia dan juga atlet yang baru untuk merealisasikan impian mereka menjadi pemain professional selain membantu untuk mengembangkan lagi ekosistem e-sukan di setiap negara. Musim ini, MPL Malaysia dikuasai oleh Moonton, dipersembahkan oleh McDelivery dan Yoodo sebagai Digital Telco Rasmi, telah dijalankan secara virtual (atas talian) bagi mematuhi syarat perintah kawalan pergerakan (MCO). MPL Malaysia Musim 7 telah mencatat sebanyak 111,1901 penonton yang menonton kejohanan ini secara serentak, iaitu titik tanda yang baharu bagi kejohanan ini di Malaysia.
RSG MY dan TODAK akan berjumpa lagi dan mewakili Malaysia di MSC 2021 yang akan berlangsung pada 7 – 13 Jun nanti. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rami MPL Malaysia.

@gamersantaimy
Discussion about this post