Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play Mei 27] Gameplay Horizon Forbidden West PS5 didedahkan

Amir Haziq by Amir Haziq
May 28, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Open World, Platform, PS4, PS5
0 0
0
[State of Play Mei 27] Gameplay Horizon Forbidden West PS5 didedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi game eksklusif dari sekuel Horizon Zero Dawn, iaitu Horizon Forbidden West menyambung jalan cerita yang baru bersama protagonis asal Aloy, dalam game action-open world- RPG. Game ini telah menjadi tumpuan semasa siri State of Play yang diadakan oleh Sony, dimana acara tersebut mendedahkan beberapa rakaman gameplay baru mengenai pengembaraan Aloy. Anda boleh menonton gameplay tersebut di bawah.

State of Play telah mendedahkan rakaman selama 14 minit gameplay Horizon Forbidden West yang dibangunkan oleh Guerrilla Games. Dalam rakaman tersebut, Aloy dilihat menemui sekumpulan raider dari puak Tenakth yang menangkap Erend dan mampu menunggang binatang mekanik atau Machine. Aloy kemudiannya menunggang Machine dalam pertempuran melawan raksasa baru seperti Mammoth yang dikenali sebagai Tremortusk.

Dalam Forbidden West, Aloy memiliki pelbagai senjata dan alat traversal, termasuk Pullcaster dan Shieldwing. Aloy juga boleh menyelam di dalam air tanpa had dengan menggunakan Diving Mask, dan membantunya untuk berenang di Pacific Ocean. Dia turut mendapat peningkatan Focus untuk membolehkannya menunggang Machine baru seperti Clawstriders, iaitu antara robot yang yang boleh ditunggang dalam game ini.

Di samping itu, game action-open world ini mengisahkan tentang Aloy menyelamatkan Bumi dari dua ancaman, iaitu biosfera akan runtuh disebabkan oleh red blight yang menyebabkan manusia, binatang dan hidupan liar kelaparan, serta peristiwa cuaca ekstrem yang terjadi disebabkan ribut supercell yang besar. Horizon Forbidden West pada asalnya didedahkan hanya tersedia untuk PlayStation 5, namun kini Sony telah mengumumkan ianya juga akan dikeluarkan di PlayStation 4 juga.

Buat masa ini, pengarah naratif Horizon Forbidden West, Ben McCaw menyatakan di PlayStation Blog bahawa mereka masih tidak menentukan lagi tarikh pelepasan rasmi game ini, tetapi pasukan pembangun sedang dalam trek yang tepat. Untuk membaca liputan kami mengenai perkembangan Horizon Forbidden West, tekan sahaja pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: guerilla gamesHorizon: Forbidden WestOpen WorldSony
Previous Post

Preview House of Ashes *SPOILER*: Info & naratif padat untuk ansuran Dark Pictures seterusnya!

Next Post

Serangan Zombie bakal tiba! Dying Light 2 Stay Human dilancarkan 7 Disember ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Serangan Zombie bakal tiba! Dying Light 2 Stay Human dilancarkan 7 Disember ini!

Serangan Zombie bakal tiba! Dying Light 2 Stay Human dilancarkan 7 Disember ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd