Dahulu zaman 3G, semua orang dah cukup bangga dengan pencapaian telefon pintar mereka ke tahap 3G. Tetapi itu kan dahulu. Kita balik ke zaman gen terkini, 5G telah pun diperkenalkan, dan semestinya salah satu syarikat teknologi terkenal Xiaomi tidak ingin ketinggalan dengan memberi pelbagai pilihan kepada pengguna untuk telefon pintar yang mempunyai rangkaian 5G. Jadi kali ini, terima kasih pada Xiaomi Malaysia yang telah menghantar unit terbaru mereka untuk siri Note 10 iaitu Redmi Note 10 5G untuk di review.
Awal-awal sebelum kami ingin teruskan lagi kelebihan dan kekurangan siri Note 10 5G yang berada di tangan kami ini, kami ingin memberitahu bahawa unit yang diterima kami hanyalah mempunyai memori sebesar 4GB RAM dan 128GB ROM. Tetapi, jangan risau, pada peminat yang nak membeli siri ini, ianya hanya terjual varian 8GB + 128GB di pasaran Malaysia.
Reka Bentuk yang ringkas tapi nampak moden
Kita teruskan review Redmi Note 10 5G ini. Baiklah, buka sahaja kotak Redmi Note 10 5G, sudah semestinya sebuah telefon pintar ini di bahagian atas, di dalam kotak juga tersedia buku manual, pin, case silikon bersama penutup di bahagian pengecaj (bagus untuk menahan debu memasuki lubang caj!), dan juga pengecaj beserta USB Type-C.
Warna unit yang kami terima adalah Graphite Grey bersama 4GB RAM dan 128GB ROM. Sejujurnya, anda ada beberapa pilihan warna untuk dipilih dalam pembelian termasuk Chrome Silver, Nighttime Blue dan Aurora Green. Warna kami terima ni nampak macam orang tua sikit *sobs*~ Tapi, masih mengekalkan ciri moden dan minimalis.
Jika dilihat di bahagian badan, skrinya adalah sebesar 6.50″ IPS LCD cukup besar untuk pengguna, saturasi warna yang dipaparkan juga sangat cantik. Terdapat lubang kamera selfie 8MP di bahagian atas, jangan risau, ianya tidak menggangu keseluruhan paparan pada anda. Saiz badan Note10 5G adalah 161.8×75.3×8.9mm dan berat hanyalah 190g. Menggunakan Gorilla Glass 3 di hadapan, belakang dan sisi pula adalah plastik. Bahagian sisi nampak kelekukannya dan menjadikannya agak bergaya dari leper dan petak panjang yang tepu.
Terdapat port bicu audio di atas telefon, slot sim di sisi kiri dan yang menariknya slot sim 5G ini dual! Di sebelah kanan terdapat butang volume dan butang on/off skrin, dalam masa yang sama itu juga sensor buka kunci cap jari. Di bawah pula terdapat port pengecasan Type-C, pembesar suara, dan sisi belakang memiliki segi empat tepat yang terkeluar sedikit menampilkan kamera utama belakang 48MP (kamera utama 48MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP). Di bawah anda akan nampak logo Redmi berwarna putih.
Jika digenggam atau dipegang seharian, telefon pintar ini tidak licin walaupun nampak seperti glossy dan sebenarnya warna yang diberikan adalah matte. Yang paling menarik, ianya anti cap jari! Biarpun jari anda berminyak sebab berpeluh, jangan risau, tiada sebarang kesan ketara yang tertinggal di belakang telefon ini.
Adakah prestasi menggagumkan?
Pemproses berprestasi tinggi 5G sememangnya mampu menyokong semua keperluan kelajuan pengguna. Cuma, sedikit perubahan dari penggunaan siri Note, Redmi telah menggunakan chipset MediaTek Dimensity 700 5G yang kuat, dari sebelum ini adalah Snapdragon. Walau bagaimanapun, Redmi Note 10 5G bersedia untuk mencabar sempadan prestasi permainan. Teknologi pemprosesan 7nm dan modem bersepadu menawarkan prestasi yang lebih tinggi dengan penggunaan kuasa lebih rendah sehingga pengguna dapat menikmati penggunaan peranti mereka secara berpanjangan tanpa perlu bimbang tentang pemadaman kuasa. Dengan sokongan untuk 5G dual SIM, Redmi Note 10 5G adalah makhluk produktiviti terkini.
Kita lihat sedikit ujian benchmark yang dijalankan;
Berikut adalah spesifikasi Redmi Note 10 5G;
Badan: | 161.8×75.3×8.9mm, 190g; Gorilla Glass 3 depan, belakang plastik, bingkai plastik. |
Paparan: | LCD IPS 6.50 “, 90Hz, 400 nits (typ), resolusi 1080x2400px, nisbah aspek 20: 9, 405ppi. |
Chipset: | MediaTek MT6833 Dimensity 700 5G (7 nm): Octa-core (2×2.2 GHz Cortex-A76 & 6×2.0 GHz Cortex-A55); Mali-G57 MC2. |
Memori: | 64 GB RAM 4 GB, RAM 4 GB 128 GB, RAM 128 GB 6 GB (penjualan di Malaysia); UFS 2.2; microSDXC (hibrid, menggunakan SIM2). |
OS / Perisian: | Android 11, MIUI 12. |
Kamera belakang: | Lebar (utama): 48 MP, f / 1.8, 26mm, 1 / 2.0 “, 0.8µm, PDAF; Makro: 2 MP, f / 2.4; Kedalaman: 2 MP, f / 2.4. |
Kamera depan: | 8 MP, f / 2.0, (lebar). |
Rakaman video: | Kamera belakang: 1080p @ 30fps; Kamera depan: 1080p @ 30fps. |
Bateri: | 5000mAh; Pengecasan pantas 18W (pengecas berkas 22.5W). |
Pelbagai: | Pembaca cap jari (dipasang di sisi); Pelabuhan inframerah; Jack 3.5mm, radio FM, NFC. |
Paparan yang luas dan selesa untuk pandangan mata
Paparan AdaptiveSync 90Hz untuk pengalaman yang lancar menampilkan FHD + DotDisplay 6.5” dengan kadar penyegaran 90Hz, Redmi Note 10 5G menawarkan paparan yang indah dengan penggunaan yang lebih lancar. Di luar kadar penyegaran 90Hz, telefon ini mampu menyesuaikan diri dengan kandungan secara automatik.
Dari streaming video pada 30Hz atau 60Hz hingga media sosial, ia menjamin pengalaman yang lancar dan penggunaan bateri yang optimum. Betul, biarlah beberapa jam pun, bateri anda memang tahan lama. Satu lagi yang menarik pada skrin ini, ia memberikan kecerahan automatik mengikut kesesuaian persekitaran, sememangnya baik untuk mata saya. Cuma kadang-kadang, kerana automatik, kecerahan akan berubah terlalu gelap jika di kawasan cerah akan membuat saya mengubah pandangan sendiri.
Okay di atas kan kami ada beritahu bahawa di belakang adalah anti cap jari. Walaupun tidak meninggalkan cap jari di bahagian belakang, tetapi di paparan skrin depan, sekali lagi jika jari berminyak, memang penuh dengan cap jari di layar. Mungkin yang paling sesuai jika anda mencari screen protector yang kalis cap jari ye!
Walaupun 90Hz benar-benar hebat di telefon ini, tetapi masih ada kelewatan setiap kali kami membuka beberapa tab aplikasi pada masa yang sama. Ini kemungkinan kerana RAM unit yang diberikan pada kami terlalu kecil. Sekiranya versi 8GB mungkin tiada masalah sedimikian.
Bateri memang kami puji lah!
Kekuatan seharian dengan kecekapan tinggi! Redmi Note 10 5G menggunakan bateri 5,000mAh (typ) yang besar dengan pengecasan pantas 18W, supaya pengguna dapat terus mempunya nyawa telefon pintar sepanjang hari walaupun dalam tempoh penggunaan yang berat.
Kami sememangnya bangga dengan penggunaan bateri. Dengan melayari laman web, menonton filem, Youtube, dan bermain permainan, kuasa baterinya dapat bertahan lama! Walaupun ketika hanya bermain permainan, kami boleh bermain PUBG Mobile untuk 3-4 permainan klasik tanpa (too soon) dan bateri hanya menghabiskan hampir 30%. Sekiranya hanya dengan media sosial, dengan sehari penggunaan, peratusan bateri kami masih bertahan hingga 43% dari 100%.
Lagipun kami tidak perlu terlalu risau, ia mempunyai pengecas pantas jika anda kehabisan bateri. Di bawah 1 jam, anda akan mendapat bateri 100% penuh.
Biarpun bajet, Kamera masih memuaskan
Kamera belakang tiga kali ganda untuk kreativiti tanpa henti. Dengan kamera belakang triple rear 48MP, Redmi Note 10 5G dibuat untuk penghasilan yang menarik! Penyediaan kamera tiga kali ganda merangkumi kamera utama 48MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, sementara alat kreativiti – seperti mod malam, Slow motion, Video Time-lapse – mengubah mana-mana pengguna menjadi profesional kreatif.
Sejujurnya, kami jatuh cinta dengan kamera mod malam. Walaupun telefon ini tidak mempunyai kamera 64 MP, perinciannya, hasil tangkapannya sangat mengagumkan. Di bawah adalah perincian kamera.
Kamera Utama:
- 48MP triple camera
- 48MP wide-angle camera
- 1/2” sensor size, 0.8μm f/1.79
- 6P lens
- 2MP macro camera– f/2.4
- 2MP depth sensor– f/2.4
8MP kamera hadapan
- f/2.0
Satu lagi yang kami suka untuk gunakan adalah dengan kamera mod 48MP dihidupkan. Perinciannya benar-benar menyerlah. Hasil tangkapan Zoom adalah normal, walaupun dengan zoom 10x, jelas anda tidak akan mendapat gambar yang sempurnalah~.
Untuk potrait, mungkin sedikit memuaskan, cuma di dalam gelap noise dari hasil tangkapan agak ketara. Untuk Selfie, hanyalah biasa-biasa. Sekiranya dalam cahaya rendah, gambar diri anda tidak akan mendapat hasil yang sangat baik. Oleh itu, cubalah mencari tempat dengan cahaya matahari di atas kepala anda, anda akan mendapat selfie sempurna.
Audio yang masih memuaskan
Bagus tetapi tidaklah sempurna, ia masih memberikan output suara audio yang memuaskan. Kami bermain permainan di dalam bilik, hanya menggunakan pembesar suara asli tanpa fon kepala, dan masih jelas mendengar suara langkah kaki musuh. Kecuali ketika kucing saya tiba-tiba datang mengganggu meow di telinga saya.
Dari segi mikrofon, kami juga bertanya kepada rakan-rakan sama ada mereka dapat mendengar suara kami yang dengan jelas atau tidak. Nasib baik mereka mendengar dengan jelas, kalau tidak cakap sorang-sorang lah namanya~
Namun jika audio dihasilkan oleh filem, video ditonton di YouTube atau mendengar lagu, audio terdengar agak kuat kerana kadangkala terdengar seperti “bunyi pecah”, dan bassnya sedikit tidak rata. Walaupun begitu, suara pelakon masih dapat didengar dengan jelas.
Baiklah dari segi pengalaman bermain game pula
Baiklah, jelas kami sedikit kecewa kerana hanya menerima RAM yang paling rendah untuk telefon. Anda tahu RAM 4GB tidak begitu sesuai untuk beberapa permainan seperti PUBG Mobile. Tetapi bernasib baik, telefon ini masih memberikan kami pengalaman terbaik dalam permainan. Jadi berikut adalah beberapa permainan yang kami cuba dalam review Redmi Note 10 5G ini.
PUBG Mobile
Untuk PUBG, nahhh, tetapan grafik tertinggi hanya dalam HD. Ia tidak menyokong 90fps, tidak menyokong UHD. Oleh itu, kami hanya mencuba HD, dan dapat rasa permainan akan jadi terlalu berat. Game kadang-kadang ketinggalan, atau lagging, terutama ketika menghadapi begitu banyak musuh. Tetapi, jika menghidupkan tetapan grafik terendah, persekitaran permainan tidak akan cantik, tetapi sekurang-kurangnya kami dapat menikmati permainan yang lebih baik.
COD Mobile
Namun, COD tidak seperti PUBG, kami boleh memainkan tetapan grafik tertinggi tanpa ragu-ragu. Mungkin ada sedikit lag jika tetapan tertinggi, jadi guna sahaja medium. Bermain beberapa mod permainan, sama sekali tidak mengalami sebarang masalah!
Wild Rift
Baiklah, buat pertama kali bermain, kami rasa skrin agak tidak memberi respons kepada sensor jari saya. Mungkin kerana jari saya berpeluh? Jadi permainan saya agak kaku. Kemudian saya mencuba lagi, dan ternyata sedikit lebih baik. Sebenarnya dalam semua permainan saya merasakan perkara yang sama. Mungkin kesan skrin la~
Bleach Eternal Souls
Permainannya baik. Tidak ada sebarang lagging, hanya masalah server lost tu kadang-kadang. Tetapi perkara yang sama, jika saya tidak menggunakan permainan automatik, menggunakan jari saya untuk menggerakkan semua watak, jadi, terasa lekat-lekat sedikit untuk menggerakkan tu~
Secara keseluruhan prestasi game, masih boleh dikatakan Baik, saya tidak mengalami sebarang kepanasan, mungkin kadang-kadang jika saya bermain permainan tanpa henti seperti PUBG Mobile. Rehat sebentar, jangan risau lagi dengan panas tu~ Dan bateri? Hebatnya, saya bermain terus 3 jam permainan, dari 100% dan saya masih mempunyai 45% lagi!
Dan aplikasi, ada Game Genie, ia juga mempunyai tingkap terapung. Mudah bagi kami untuk membersihkan sedikit RAM, membuat tangkapan skrin, rakaman skrin, pemantauan skrin, periksa penggunaan cpu atau fps yang berjalan. Ini adalah aplikasi bagus yang dapat anda lihat yang terdapat di hampir semua peranti Redmi.
Aplikasi/ Mod selebihnya
Terdapat beberapa mod yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan pengalaman yang lebih baik. Seperti Game Genie yang dinyatakan di atas. Ia juga mempunyai Mode Prestasi – Anda dapat memberi lebih banyak lebar jalur semasa menjalankan permainan di latar belakang; Mengoptimumkan tindak balas sentuhan; atau meningkatkan audio dan mengurangkan bunyi persekitaran dalam perbualan.
Terdapat juga video toolbox dimana anda dapat menggunakannya dalam mengedit video anda. Dan anda boleh hidupkan tingkap terapung anda untuk jalan pintas yang mudah ~
Maka kesimpulanya~
Apa yang kami dapat untuk siri ini, kami tidak boleh memuji terlalu banyak. Kerana mendapat telefon bimbit yang tidak tinggi RAM. Dan jujurnya kami lebih suka Redmi yang menggunakan Snapdragon berbanding MediaTek. Jadi secara keseluruhan, mungkin ianya sangat sesuai untuk kegunaan biasa lagi-lagi berpatutan. Untuk kamera, ia cukup memuaskan, anda boleh menjadi influencer yang bila-bila masa suka untuk mengemas kini media sosial. Bagi permainan, mungkin yang agak berat tidak mempunyai pilihan pengaturan tertinggi. Untuk permainan biasa, ia boleh menjadi pendamping anda pada waktu bosan.
Redmi Note 10 5G adalah telefon pintar murah yang hebat dengan hanya RM799 (8GB + 128GB).. Peranti akan tersedia dalam talian melalui kedai Xiaomi rasmi di Lazada dan Shopee dan di luar talian di Mi Stores dan peruncit rasmi lain di Malaysia. Redmi Note 10 5G hadir dalam empat warna: Chrome Silver, Graphite Grey, Nighttime Blue dan Aurora Green.
Untuk waktu yang terhad, setiap pembelian Redmi Note 10 5G merangkumi hadiah percuma eksklusif T-Shirt Redmi Note 10 5G (hanya di luar talian), Mi True Wireless Earbuds Basic 2 dan Jaminan Perlindungan Skrin 6-bulan untuk pembelian yang dibuat sebelum 28 Ogos.
Jadi sampai di sini review Redmi Note 10 5G kami kali ini. Nantikan review penuh kami untuk adik beradik Redmi Note 10 5G ini iaitu Redmi Note 10s okay! Terima kasih Xiaomi Malaysia!
@gamersantaimy
Discussion about this post