Square Enix telah mendedahkan Dragon Quest III HD-2D Remake, yang akan dilancarkan secara serentak di seluruh dunia. Permainan ini diumumkan dalam siaran langsung ulang tahun Dragon Quest ke-35, bersama dengan maklumat baru mengenai permainan-permainan lain yang akan datang. Buat masa ini, tidak ada tarikh pelepasan yang disahkan.
Dalam remake ini, pemain akan mengawal sejumlah watak 2D. Sama seperti Octopath Traveller, pemain dapat rasa “depth” dan lapisan 3D dalam permainan. Produser Masaaki Hayasaka sebelum ini pernah bekerja di Octopath Traveler (Square Enix), serta Various Daylife. Permainan ini dirancang untuk keluar di konsol dan sepatutnya memenuhi citarasa “peminat dewasa yang membesar dengan permainan ini, dan kanak-kanak yang mencuba buat pertama kali.”
Anda boleh melihat trailer dan screenshot Dragon Quest III Remake di bawah:
Dragon Quest III muncul di pelbagai platform. Asalnya, ia memulakan debut di NES. Namun, ada juga versi remake untuk SNES dan Game Boy Color. Kemudian, permainan ini muncul di Nintendo Wii, Nintendo Switch, PlayStation 4, dan peranti mudah alih.
Dragon Quest III: HD-2D Remake akan dilancarkan secara serentak untuk seluruh dunia di konsol. Tarikh pelancaran dan konsol apa yang bakal dikeluarkan masih belum disahkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post