Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SNK mengumumkan ketibaan Samurai Shodown bersama DLC Amakusa di Steam pada 14 Jun ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 18, 2021
in Artikel, Berita, DLC, Genre, PC, Platform, Steam
0 0
0
SNK mengumumkan ketibaan Samurai Shodown bersama DLC Amakusa di Steam pada 14 Jun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Samurai Shodown merupakan game action-fighting yang dihidupkan semula kepada siri moden dan dilancarkan pada Jun 2019 untuk platform konsol kecuali PC. Pembangun game, SNK kemudiannya mengumumkan Samurai Shodown akan tersedia eksklusif di Epic Games Store pada Jun 2020. Kini, setelah hampir setahun di Epic Games Store, game ini bakal tiba di Steam bersama DLC terbarunya bermula 14 Jun ini.

Baru-baru ini, SNK telah membuat pengumuman dimana Samurai Shodown akan tiba di Steam selepas kontrak game tersebut tamat di Epic Games Store. Setelah hampir setahun menunggu, kini pengguna Steam akhirnya boleh mendapatkan game fighting klasik ini bersama kemunculan watak Shiro Tokisada Amakusa di DLC akan datang. Amakusa adalah watak DLC rasmi ketiga dari Samurai Shodown Season 3, dan ini bermakna hanya tinggal lagi 2 watak DLC yang masih belum diumumkan.

【SAMURAI SPIRITS】
シーズンパス3 DLCキャラクター第3弾「天草四郎時貞」(CV.白川周作)を6月15日に配信!#SNK #サムスピ #天草四郎 #白川周作 さん pic.twitter.com/utVZt3dMU5

— SNK JAPAN (@SNKPofficial_jp) May 17, 2021

Peminat otai siri game ini pastinya mengenali Amakusa yang merupakan final boss dalam Samurai Shodown tahun 1993. Sejak Samurai Shodown 3, Amakusa telah menjadi watak playable hampir di setiap siri utama dan menjadi figura utama game ini. Watak ini menjadi fighter kedua terakhir Samurai Shodown asal yang akan tiba dari game 2019 dan hanya tinggal Genan yang masih belum muncul dalam versi moden ini.

Selain itu, kemunculan Amakusa ini tidak dihebahkan samada dari trailer mahupun berita dari pembangun, walaupun ianya dikira sebagai watak yang penting dan terkenal dalam Samurai Shodown. Ini sangat berbeza dengan watak lain seperti Hibiki Takane yang sebelum ini mendapat promosi hebat sebelum dilancarkan ke game tersebut. Beberapa peminat menganggap hebahan untuk Amakusa dibuat bersama dengan pelancaran di Steam serta akan didatangkan dengan trailer yang lebih hebat.

Samurai Shodown akan tersedia di Steam bersama Amakusa pada 14 Jun nanti. Peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan berita mengenai watak mana selepas ini akan muncul dalam game ini. Untuk membaca liputan kami mengenai Samurai Shodown, tekan sahaja pautan ini.

BELI DISINI GAIS!!
Samurai Shodown
Publisher: SNK
Release Date: 2019-06-25
Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One
Samurai Shodown adalah permainan pertempuran yang dikembangkan dan diterbitkan oleh SNK untuk arked, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan Stadia sebagai entri dalam siri Samurai Shodown.
Tags: Samurai ShodownShiro Tokisada Amakusasteam
Previous Post

BLEACH: Eternal Soul dilancarkan hari ini! Log masuk untuk mendapatkan watak SSR yang kuat Toshiro Hitsugaya!

Next Post

Review Days Gone (PC): Satu lagi game eksklusif PlayStation yang mantap di PC!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Review Days Gone (PC): Satu lagi game eksklusif PlayStation yang mantap di PC!

Review Days Gone (PC): Satu lagi game eksklusif PlayStation yang mantap di PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd