Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HONOR Malaysia mengumumkan ketersediaan HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6

Pra-pesanan di Lazada bermula hari ini diikuti jualan rasmi di seluruh negara mulai 13 Mei 2021

Nyny.A by Nyny.A
May 10, 2021
in Aksesori, Artikel, Berita, Laptop, Teknologi, Tempatan
0 0
0
HONOR Malaysia mengumumkan ketersediaan HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6
Share on FacebookShare on Twitter

HONOR secara rasmi telah melancarkan komputer riba HONOR MagicBook 15 dan gelang pintar HONOR Band 6 di seluruh negara. Dengan kerangka yang ringan dan kompak, siri baru komputer riba HONOR MagicBook ini menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik serta prestasi tiada tandingan. HONOR Band 6 dipasangkan dengan skrin lebih besar AMOLED 1.47 inci dan dilengkapi dengan fungsi mengurus kecergasan dan kesihatan badan. Peranti ini mempunyai jangka hayat bateri luar biasa iaitu selama 14 hari bagi membolehkan pengguna memantau tahap kesihatan fizikal dan mental mereka dengan lebih baik.

HONOR MagicBook 15 – Perlindungan mata, daya ketahanan dan harga berbaloi 

Berbanding dengan model komputer riba terdahulu, HONOR MagicBook 15 memberi prestasi lebih cekap kerana menggunakan pemproses terbaru Generasi 11 Intel Core i5 serta WIFI-6 yang tidak menimbulkan masalah lagging ketika menggunakan aplikasi persidangan video dan audio mahupun sewaktu membuat kerja. Ianya sesuai dimiliki pengguna yang melakukan tugasan pejabat seharian termasuk pelajar kerana perlu meluangkan masa berpanjangan di hadapan skrin.  

Skrin paparan penuh bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920X1080 komputer riba ini turut diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland selain tidak berkelip. Ciri berkenaan melindungi kesihatan mata dari radiasi cahaya biru dan pandangan mata pengguna lebih selesa selain tidak berasa penat ketika mengguna komputer riba tersebut. 

Dengan menawarkan harga berbaloi, HONOR MagicBook 15 hadir dengan gamut warna sRGB 100%. Komputer riba ini mempunyai daya ketahanan baik kerana dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium serta telah melalui pelbagai ujian makmal menjadikannya tidak mudah tercalar apabila terhentak pada permukaan keras.

HONOR MagicBook 15 dipasangkan memori 16GB RAM DDR4 dan storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD manakala kad grafik menggunakan Intel Iris Xe Graphics. Komputer riba ini seberat 1.56kg dan senipis 16.9mm memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana saja. Selain itu, komputer riba ini turut dimuatkan teknologi pengecasan pantas 65W yang disokong USB jenis C. Baterinya mampu mencapai 46% selepas pengecasan selama 30 minit. 

HONOR Band 6 – Gelang pintar dengan skrin lebih besar, pengecasan pantas dan hayat bateri lama

HONOR memperkenalkan model baru gelang pintar HONOR Band 6 yang menawarkan skrin lebih besar AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 368X194. Skrinnya 148% lebih besar daripada generasi peranti sebelumnya dan juga jenama gelang pintar lain di pasaran. Ini memudahkan pengguna membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

Di sudut kesihatan pula, HONOR Band 6 amat disyorkan kepada pengguna yang menitik berat kecergasan badan kerana menampilkan fungsi 10 mod senaman selain dilengkapi sensor 6-paksi. HONOR akan menambahbaik sistemnya ke 96 mod senaman pada masa depan.  

Dengan penularan pandemik Covid-19, gelang pintar ini amat berguna untuk memantau tahap kesihatan kerana dapat mengawasi degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar serta mengukur saturasi oksigen darah (SpO2). Peringatan dikeluarkan sekiranya berlaku degupan jantung abnormal agar pengguna dapat mengawasi kesihatan jantung. Selain itu, terdapat ciri tambahan iaitu mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal. 

Mengenai ketahanan bateri pula, HONOR Band 6 menjanjikan hayat bateri sehingga 14 hari bagi penggunaan normal. Menariknya, pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk gelang pintar ini bertahan selama 3 hari. 

Harga dan Ketersediaan

HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6 boleh dibeli secara pra-pesanan di platform e-dagang Lazada yang telah bermula sehingga 12 Mei 2021. Pelanggan yang membeli HONOR MagicBook 15 di Lazada HONOR Flagship Store akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM300 iaitu beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

Platform Produk Harga Fribis
Pra-Pesanan Lazada HONOR MagicBook 15 RM3699 *Beg galas komputer riba 

Tetikus Bluetooth

Kotak hadiah HONOR

*HONOR Body Fat Scale atau Set Kembara 3 dalam 1 HONOR atau HONOR Travel Adapter 

(40 pelanggan terawal)

HONOR Band 6 RM189 *Bekas minuman air panas 

(30 pelanggan terawal)

* Kuantiti hadiah adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat. 

Sebagai tambahan, Lazada akan memberi satu hadiah istimewa kepada 40 pelanggan terawal yang membeli komputer riba tersebut seperti penimbang berat badan HONOR Body Fat Scale, set kembara 3 dalam 1 HONOR atau HONOR Travel Adapter. 

Selain itu, bekas minuman air panas menarik turut dihadiahkan kepada 30 pelanggan terawal yang membuat pesanan HONOR Band 6 di Lazada. Bagaimanapun, kuantiti hadiah berkenaan adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Mulai 13 Mei ini, jualan rasmi HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6 akan dilancarkan di semua outlet fizikal HONOR Experience Stores seluruh negara termasuk platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store. HONOR MagicBook 15 dijual pada harga RM3699 dengan hadiah percuma bernilai lebih RM300 iaitu beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR dan ditawarkan dalam warna Space Grey. Manakala HONOR Band 6 adalah RM189 dan boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Tags: HonorHONOR Band 6HONOR MagicBook 15
Previous Post

Khabar angin: Skin Summertime Sparkle Genshin Impact untuk Jane dan Barbara dibocorkan

Next Post

Shinobu Kocho rasmi menyertai barisan watak Demon Slayer – Kimetsu no Yaiba: Hinokami Keppuutan!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Shinobu Kocho rasmi menyertai barisan watak Demon Slayer – Kimetsu no Yaiba: Hinokami Keppuutan!

Shinobu Kocho rasmi menyertai barisan watak Demon Slayer - Kimetsu no Yaiba: Hinokami Keppuutan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd