Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer “terakhir” Final Fantasy VII Remake Intergrade ditunjukkan, pembangunan sekuel berjalan dengan lancar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 7, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Trailer “terakhir” Final Fantasy VII Remake Intergrade ditunjukkan, pembangunan sekuel berjalan dengan lancar!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mendedahkan trailer terbaru untuk Final Fantasy VII Remake Intergrade, dengan info baru tentang kandungan tambahannya. Trailer tersebut ditunjukkan di hujung acara siaran langsung yang memberi butiran terkini tentang mobile battle royale Final Fantasy 7: The First Soldier. Anda boleh lihat trailer di bawah:

Trailer ini bermula dengan montaj di penghujung Final Fantasy VII Remake. Ini termasuk pertarungan dengan orang Turk dan pelbagai bos jahat. Trailer ini juga menampilkan Weiss, seorang anggota Shinra Deepground yang memakai katana. Kemudian, ia diteruskan dengan beberapa adegan dari episod baru Remake Intergrade, yang secara rasmi berjudul “EPISODE INTERmission.” Kita sekali lagi akan melihat Yuffie memakai hoodie moogle nya sedang mengedarkan kacang Wutai kepada anggota Avalanche. Dia dijemput untuk bermain “Condor“, yang beralih ke adegan minigame Fort Condor.

Umpama sebuah simulasi catur, pemain akan mengawal pelbagai unit dan harus menewaskan pihak lawan di Fort Condor, sebuah lokasi di luar Midgar. Interaksi Yuffie dan Sonon dengan Scarlet (eksekutif Shinra) juga ditunjukkan, termasuk pertarungan bosnya. Yuffie dan Sonon kemudian bertarung dengan Nero, adik kepada Weiss dan antagonis di game Dirge of Cerberus (PS2).

Trailer ini berakhir dengan mengesahkan bahawa pemain yang memiliki versi PS4 Final Fantasy VII Remake akan dapat menaik taraf ke versi PS5. Dari sana, Episode INTERmission akan tersedia sebagai DLC tambahan untuk versi yang ditingkatkan. Episode INTERmission akan menjadi satu-satunya DLC untuk Remake Intergrade, kerana fokus pasukan pembangunan akan beralih sepenuhnya ke sekuel Final Fantasy VII Remake seterusnya setelah pengembangan Intergrade selesai.

Final Fantasy VII Remake Intergrade rasmi akan keluar di PlayStation 5 pada 10 Jun 2021. Untuk segala liputan kami tentang FF7 Remake Intergrade, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini!
Final Fantasy 7 Remake
Developer: Square Enix
Release Date: 2020-04-10
PlayStation 4
Ambil perjalanan kembali ke 1997 tetapi kali ini berbeza dengan semua peningkatan baru dan menakjubkan dari versi REMAKE!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCfinal fantasy vii remakeFinal Fantasy VII Remake Intergradeps5square enixyuffie
Previous Post

Sekuel Judgment telah didedahkan! Akses awal Lost Judgment akan datang September ini!

Next Post

Toei Animation mengumumkan filem baru Dragon Ball Super dalam pembikinan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Toei Animation mengumumkan filem baru Dragon Ball Super dalam pembikinan!

Toei Animation mengumumkan filem baru Dragon Ball Super dalam pembikinan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd