Terasa seronok bila melihat keterujaan para peminat Monster Hunter Rise sejak ia dilancarkan bulan Mac lalu di Nintendo Switch. Game ini mempunyai pelbagai jenis senjata dengan macam-macam kebolehan unik, dan yang paling mendapat perhatian peminat semestinya Charge Blade kerana mempunyai kombo damage yang kuat. Baru-baru ini, seorang peminat Rise telah menghasilkan Charge Blade DIY menggunakan kadbod dan boleh berfungsi! Anda boleh saksikan perkongsian videonya dibawah.
Peminat MH Rise, DanCreator telah memuat naik sebuah video mengenai Charge Blade DIY yang diperbuat sepenuhnya dari kadbod di Youtube. Di dalam video tersebut, DanCreator telah menunjukkan bagaimana pedang ini dihasilkan dengan terperinci supaya menyerupai Regas Hyper. Beliau juga menunjukkan pedang ini mempunyai banyak bahagian mekanikal, seperti kepala kapak yang boleh ditanggalkan untuk bertukar menjadi pelindung.
Selain itu, DanCreator juga pernah memuat naik video pembuatan Kamura Ninja Blade Long Sword dan Kamura Cleaver Great Sword versi kadbod di akaun Youtube-nya. Hasil-hasil DIY menggunakan kadbod beliau sangat hebat serta kreatif ini telah dilihat ribuan penonton. Agak mustahil untuk mengayunkan pedang-pedang tersebut kerana ia sangat besar, tetapi DanCreator berjaya menghasilkannya dengan sangat bagus.
Pada minggu lepas, Monster Hunter Rise telah menerima kemaskini 2.0 yang besar dengan tambahan Event Quest, Layered Armor dan beberapa monster kegemaran peminat. Kemaskini baru ini juga memberikan pemain peluang untuk bertarung dan menewaskan Elder Dragons Kushala Daora, Teostra serta Chameleos. Capcom akan melancarkan kemaskini pada hujung bulan ini dengan lebih banyak monster baru, cerita baru dan banyak lagi!
Anda boleh melihat lebih banyak video DIY yang dihasilkan DanCreator di akaun Youtube beliau. Bagi mereka yang ingin mengikuti segala liputan mengenai Monster Hunter: Rise, klik sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post