Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blizzard mengesahkan Diablo Immortal akan dilancarkan secara global hujung tahun ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 5, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Platform
0 0
0
Blizzard mengesahkan Diablo Immortal akan dilancarkan secara global hujung tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Blizzard telah melancarkan ujian Closed Alpha bagi permainan mobile baru mereka, iaitu Diablo Immortal. Setelah beberapa ujian diberikan untuk pemain, Activision Blizzard mengesahkan bahawa permainan ini akan dilancarkan pada hujung tahun 2021. Pengumuman ini dibuat semasa pendapatan kewangan terbaru mereka dikeluarkan.

Semasa pendapatan kewangan tersebut dikeluarkan, Activision Blizzard menyatakan bahawa Diablo Immortal telah bersedia untuk pelancaran global pada akhir tahun 2021. Namun, studio tersebut tidak menyatakan tarikh tepat pelancaran permainan itu. Diablo Immortal kini memasuki fasa kedua ujian, dan sedang menjalankan ujian Closed Alpha.

Sekiranya Diablo Immortal dilancarkan hujung tahun ini, Blizzard dan NetEase perlu mula berkongsi banyak maklumat dalam masa terdekat. Walaupun telah banyak persoalan diajukan dari peminat Diablo mengenai permainan ini, pihak pembangun masih tidak memberikan jawapan pada mereka sehingga tiba hari pelancaran.

Tambahan pula, Diablo Immortal dianggap sebagai salah satu daripada dua acara Diablo yang akan tiba untuk peminat francais ini. Selain permainan tersebut, Diablo II: Resolveded juga akan dilancarkan pada tahun 2021, untuk platform PC dan Nintendo Switch.

Buat masa ini, Blizzard belum lagi mengumumkan tarikh rasmi pelancaran bagi kedua-dua permainan tersebut. Jadi, jika tidak mahu ketinggalan mengenai berita dari mereka, anda boleh membaca liputan kami dengan menekan pautan ini.

Sumber: GameSpot

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Tags: activision blizzarddiablo immortalMobilenetease
Previous Post

Made in Abyss akan mendapatkan anime musim ke-2 dan Game Aksi RPG tahun 2022!

Next Post

Sah! Paul George + PlayStation kembali dengan sneakers PG 5 PlayStation 5 Colorway terbaru!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Sah! Paul George + PlayStation kembali dengan sneakers PG 5 PlayStation 5 Colorway terbaru!

Sah! Paul George + PlayStation kembali dengan sneakers PG 5 PlayStation 5 Colorway terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd