Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto #57: Eida didedahkan, boleh paksa satu dunia jatuh cinta dengannya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto #57: Eida didedahkan, boleh paksa satu dunia jatuh cinta dengannya!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam manga Boruto bab #57, antagonis utama Code kini dalam misi untuk membalas dendam setelah kematian Ōtsutsuki Isshiki. Untuk “recap” semula jalan cerita, Isshiki telah memberi kuasanya ke Code, lalu memilihnya sebagai pengganti. Bukan itu sahaja, Code juga ditugaskan untuk membunuh individu-individu yang bertanggungjawab bagi kematian Isshiki.

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 57: As Konoha takes a breath, an unknown enemy with incredible power awakens. Read it FREE from the official source! https://t.co/QYTgtdWrwD pic.twitter.com/DVyHoyqZz6

— Shonen Jump (@shonenjump) April 20, 2021

Untuk memudahkan misi ini, Code berjaya menemui kubu rahsia Boro di pergunungan salji yang penuh dengan “robot” bahaya untuk digunakan. Namun, dari membina pasukan askar baru, rupanya Code hanya berminat pada Eida sahaja, seorang pembunuh dengan sejenis abiliti unik yang (mungkin?) menjadikannya watak terkuat dalam siri.

Harap maklum! Di bawah adalah spoiler untuk manga Boruto: Naruto Next Generations bab #57!

Ketika menyerbu makmal, Code memaksa Bug (pembantu makmal) untuk menunjuk bilik Eida. Bug memberi amaran agar tidak melepaskan pembunuh itu, tetapi Code enggan mendengar. Sekiranya Eida memberontak, Code fikir dia boleh membunuhnya. Tetapi mengejutkan sekali, Code mendapati dirinya tidak mampu bergerak. Dia juga tidak dapat menggunakan apa-apa abiliti, lantas, menimbulkan panik dalam diri.

Eida, yang keluar dari tempat tahanannya, ketawa dan memberitahu Code bahawa dia bukan sengaja mengabaikan soalannya. Eida hanya perlu mandi setelah sekian lama tidur. Selepas keadaan sudah reda, akhirnya, pembaca akan tahu mengapa Code tidak dapat mencederakan Eida sedangkan dia lebih kuat dari Isshiki. Rupanya, Eida dapat mengawal hati mana-mana individu tidak kira umur, bangsa, dan betapa kuatnya individu tersebut. Kuasa ini bukan lah 100% OP dan tidak boleh diaplikasikan kepada Isshiki (sebagai penciptanya), ahli keluarga Eida, dan mana-mana ahli puak Ōtsutsuki yang imun terhadap kuasa ini.

Code terkejut dan mengakui bahawa, walaupun dia tidak mencintai Eida, dia masih terpikat. Ini juga menjelaskan sebab mengapa Boro tidak dapat membunuhnya walaupun telah diperintah oleh Isshiki dan mengapa Bug terus menjaganya walaupun dia tidak mempunyai sebab tertentu. Ini adalah suatu kelebihan yang besar kepada Code kerana selama ini, dia hanya menumpukan perhatian pada kuasa Eida yang maha mengetahui.

Biar saya jelaskan. Walaupun kuasa ini tidak pernah dijelaskan sama ada ia adalah jutsu atau kerana teknologi, Eida dapat melihat semua perkara yang telah berlaku sejak dia diciptakan dan dapat mengingat setiap info dan sejarah dengan tepat. Dengan kuasa ini, dia dapat melihat Naruto dan ahli Kage lain pada masa kini sedang bermesyuarat, dan pada masa lalu, semasa Isshiki mati.

Eida umpama sebuah kamera pengawasan, dan bakal jadi mata-mata Code untuk mengintip dunia. Walaupun begitu, jangan salah sangka. Code masih takut akan kuasa Eida yang mampu membuat mana-mana insan jatuh cinta dengannya. Apakah nasib wira-wira kami di Konoha? Ini bukan petanda yang baik bagi Naruto dan Sasuke, tetapi memandangkan Kawaki dan Boruto mempunyai DNA Ōtsutsuki di dalam badan, mereka pasti akan menjadi aset yang berharga untuk pertarungan akan datang.

Apa pendapat anda tentang Eida? Adakah kuasa dia betul-betul OP? Jom kongsi pendapat anda dengan saya di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha

Tags: animeBorutocodeEidamanga
Previous Post

2 Champion baru “RENGAR” dan “KHA’ZIX” akan datang ke Wild Rift!

Next Post

PlayStation Studios Malaysia kini beroperasi dan membuka peluang pekerjaan dalam industri permainan video!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
PlayStation Studios Malaysia kini beroperasi dan membuka peluang pekerjaan dalam industri permainan video!

PlayStation Studios Malaysia kini beroperasi dan membuka peluang pekerjaan dalam industri permainan video!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd